“OYEN tak sah kalau tak buat perangai.”
Begitulah komen yang dilontarkan oleh pengguna di TikTok terhadap video seorang g4dis yang dilihat sedang cuba mengeluarkan seekor kucing ters3pit.
Video berdurasi 29 saat itu memaparkan g4dis berkenaan terbaring di atas jalan raya kerana mahu mencapai si bulus yang bersembunyi di bahagian bumper belakang kereta Kancil miliknya.
Bercakap kepada mStar, Siti Nor Shazwani Zabri, 24, berkata, pada mulanya dia ternampak ekor haiwan terjvntai di keretanya selepas selesai bekerja jam 6.30 petang.
Wanie mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan anak kucing itu dari bumper keretanya.
G4dis berkenaan yang bekerja sebagai penyelia di sebuah butik tudung sudah biasa meletakkan keretanya di bahagian belakang premis bersama dengan pekerja yang lain.
“Waktu tengah berjalan ke kereta, saya perasan macam ada ekor dekat bahagian bumper belakang. Terkejut juga sebab selama ni parking belakang kedai tak pernah pun nampak apa-apa binatang.
“Bila datang dekat nak periksa, baru la nampak rupanya ada seekor kucing ters3pit.
Video:
View this post on Instagram
“Saya tak tahu la macam mana dia boleh ada dekat situ, mungkin t4kut dengan orang atau binatang lain kot,” katanya yang bekerja di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.
Mesra disapa Wanie, katanya, dia telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan kucing tersebut, tetapi tiada satu pun usahanya berjaya.
Sehinggalah ada sekumpulan lelaki muncul dan membantunya untuk melepaskan si comel yang bulunya berwarna oren itu.
“Tak tahu macam mana nak keluarkan dia, saya dah capai guna tangan pun tak berjaya juga walaupun beberapa kali dig1git. Ingatkan bila hidupkan enjin kereta dia akan lari la, tapi tak berganjak pun dari situ.
“Saya pun m4tikan semula enjin sebab kesi4nkan kucing itu t4kut dia kepanasan. Ada juga minta tolong dengan pekerja kedai karpet berdekatan, tetapi dia pula g3li dan t4kut dengan kucing.
Memang niat saya selamatkan Oyen ni untuk bawa balik dan jaga dia, tapi nampaknya tak ada rezeki.
SITI NOR SHAZWANI ZABRI
“Jadi terp4ksalah saya baring atas jalan dan cuba sedaya upaya untuk keluarkan kucing itu sebab dia ters3pit pada bahagian yang agak dalam. Mungkin Allah nak bantu saya agaknya, kebetulan ada sekumpulan lelaki lalu dan saya minta tolong mereka.
“Jadi, seorang baring atas jalan raya untuk capai kucing dan seorang lagi tolong tarik bumper untuk bagi ruang luas supaya mudah kucing itu nak keluar,” katanya yang berasal dari Terengganu dan sudah hampir dua tahun menetap di Skudai, Johor bersama ibu saudaranya.
Menurut anak sulung daripada dua beradik ini, kucing yang dipanggil Oyen itu berjaya dikeluarkan oleh mereka dalam masa hampir satu jam.
Video percubaan g4dis berkenaan menyelamatkan Oyen meraih lebih 200,000 tontonan di TikTok.
Sebagai pemilik kenderaan, Wanie berharap agar mereka lebih peka dengan apa yang berada di persekitaran sebelum memulakan perjalanan.
“Tak ada sebarang kecederaan pun pada Oyen, cuma kotor sedikit sahaja. Lepas dah berjaya dikeluarkan, dia terus berlari dan sembunyikan dirinya jauh daripada manusia.
“Memang niat saya selamatkan Oyen ni untuk bawa balik dan jaga dia, tapi nampaknya tak ada rezeki.
Wanie (kiri) sudah hampir dua tahun menetap di Skudai, Johor bersama ibu saudaranya.
“Cuma saya harap pemilik kenderaan di luar sana periksa dahulu kenderaan mereka betul-betul sebelum memandu.
“Kadang-kadang kucing ni dia memang suka duduk bawah kereta tanpa kita sedar,” katanya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments