KERJAYA yang diceburinya tersenarai dalam 10 pekerjaan paling berb4haya dan beris1ko di dunia.
Namun berbekalkan minat dan ‘passion’ yang mendalam, wanita ini memilih untuk memasuki bidang kerja yang lazimnya didominasi oleh kaum lelaki, iaitu juruteknik akses tali (rope access).
Biarpun segelintir orang mungkin menganggap wanita ini melakukan ‘kerja gil4’ kerana mempertaruhkan ny4wa ‘terg4ntung’ di atas bangunan pencakar langit, namun pemilik nama Normalia Sidek ini berasa terpanggil untuk mended4hkan realiti sebenar kerjayanya sekaligus memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya kaum hawa.
Minat untuk menceburi kerjaya sebagai juruteknik akses tali bertitik tolak kerana hobinya yang menggemari aktiviti rock climbing.
Video mengenai kerjayanya yang dikongsikan di aplikasi TikTok sehingga kini meraih melebihi 100,000 jumlah tontonan selain dibanjiri komen warganet yang meluahkan rasa kagum dengan kekentalan dan keberaniannya.
Bercerita bagaimana dia mula terjebak dalam kerjaya tersebut, Normalia atau senang disapa sebagai Maya berkata segala-galanya bertitik tolak daripada hobinya yang menggemari sukan lasak ‘rock climbing’.
“Ia memang sukan kegemaran saya. Jadi bila dapat tahu ada bidang kerja yang memanjat dan guna tali, saya terfikir nak mencuba. Saya berusaha ke arah itu dan menjalani training selama enam bulan.
“Kali pertama dapat job selepas training, saya ditugaskan untuk satu tugasan maintenance di bangunan 30 tingkat. Saya masih ingat, saya men4ngis teresak-esak. Macam-macam perkara saya fikir masa ‘terg4ntung’ terutama ibu bapa.
“Terfikir juga ‘kenapalah aku pilih kerja ni?’. Namun mujur supervisor pandai handle emosi saya dan berjaya juga laksanakan tugas tu.
Video:
View this post on Instagram
“Kali kedua dan seterusnya, saya dah okay. Perasaan g4yat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.
Kini Maya sudah empat tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance).
Bercerita lebih lanjut mengenai kerjayanya, Maya berkata juruteknik akses tali tidak sekadar membersihkan tingkap bangunan pencakar langit semata-mata.
“Selalu orang ingat kerja tergantung pakai tali ni cuci tingkap je. Tapi sebenarnya tugas juruteknik akses tali ni luas… banyak cabangnya.
“Saya sendiri meneroka cabang-cabang baru dan ambil certificate pelbagai bidang dalam lapangan ini sebab terfikir, sampai bila nak cuci bangunan.
Maya sudah empat tahun berkecimpung sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance).
“Contohnya, baru-baru ini saya terlibat dengan tugas inspection di offshore. Ia antara satu kepuasan dalam bidang ini,” kata wanita yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ini.
Bercerita mengenai penerimaan ibu bapa, Maya mended4hkan dia menyorokkan kerjanya daripada pengetahuan keluarga pada awalnya, namun r4hsia tersebut pec4h selepas mereka menonton sebuah rancangan di televisyen.
“Kantoi bila mereka nampak muka saya dalam Majalah 3. Akhirnya saya mengaku saja. Alhamdulillah, ayah sangat menyokong… mak saya restu tapi biasalah, mak-mak mesti ris4u lebih.
“Saya bukan apa, segan nak beritahu t4kut mereka bangkang. Tapi akhirnya saya sedar, setiap langkah kita memerlukan doa dan restu ibu bapa. Ada hikmahnya juga k4ntoi,” kata anak kelima daripada enam adik beradik ini sambil ketawa.
Perasaan g4yat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan.
NORMALIA SIDEK
Setakat ini, Maya mampu berbangga dengan pencapaiannya yang sudah berjaya menakluk puncak (pinnacle) bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas.
“Ia antara bucket-list yang sudah berjaya dicapai. Seterusnya, saya punyai impian nak takluk Burj Khalifa di Dubai pula,” katanya.
Siapa sangka, wanita ini bertemu jodoh dengan jejaka yang juga berkecimpung dalam bidang yang sama.
“Tak sangka langsung bakal suami pun dalam bidang ni. Tapi saya bersyukur sangat kerana dia sangat memahami kerana berada dalam bidang sama. Tak semua orang boleh faham dan terima wanita kerja macam ni kan,” ujarnya yang bakal bernikah dengan jejaka pilihan hati pada 21 Oktober ini.
Maya ketika menjalankan tugas inspection di pelantar.
Tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka menjadi tular, Maya berkata dia berharap agar perkongsiannya mampu memberi inspirasi kepada orang lain.
“Ramai yang tanya macam-macam selepas saya share. Alhamdulillah, secara tak langsung mereka tertarik nak tahu lebih lanjut.
“Apapun bagi mereka di luar sana, kalau teringin lakukan sesuatu, jangan teragak-agak lakukannya.
“Jangan rendah diri kalau bidang kerja didominasi lelaki. Pendek kata, tiada apa yang mustahil. Semuanya terletak pada diri sendiri,” katanya lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments