Selepas mengumumkan kehamilan keduanya pada Rabu lalu, ada cerita baharu yang menarik perhatian peminat Elfira Loy untuk berbicara tentang berita gembira tersebut.
Semuanya gara-gara tulisan kapsyen Elfira dalam hantaran foto bersama suami, Faris Khairul Anuar dan anak sulung mereka, Muhammad Rayyan berlatar Menara Berkembar Petronas (KLCC).
“Saya obses dengan menara berkembar,” tulisnya ringkas.
Kapsyen ditulis pelakon berusia 27 tahun itu pantas mengundang keterujaan peminat kerana menyangka dia seakan-akan memberi bayangan sedang hamil anak kembar.
Wah, kalau betul anak kembar, seronoknya! Untung Rayyan dapat dua orang adik sekali gus.
View this post on Instagram
Tapi walaupun ramai yang mengharapkan kata-kata pelakon itu menjadi realiti, tetapi Elfira tidak mengiyakan mahupun menidakkan komen peminat.
Tak apalah, kalau betul, doakan sahaja kandungan Elfira selamat dan sihat sehingga dilahirkan kelak. Kembar atau tidak, apa yang penting bayi dan ibunya sihat.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: K0smo
via Sinar Viral Network
0 Comments