“TAK pernah terlintas begini cara kami berjumpa”
Bukan sahaja tanpa pelvk c1um, tetapi wanita ini hanya mampu memandang adik beradik dan ibu bapanya daripada kejauhan gara-gara dirinya sedang menjalani ku4rant1n selepas disahkan positif C0vldl9.
Berkongsi cerita dengan mStar, Nor Muslima Mohd Yusoff berkata dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedih kerana tidak dapat melepaskan r1ndu terutama kepada kakak dan adiknya yang sudah hampir setahun tidak bertemu.
“Kakak datang dari Kuantan manakala adik pula dari Kuala Lumpur, mereka pulang ke ke Kelantan untuk ziarah mak abah selepas kerajaan benarkan rentas negeri.
“Saya menetap di Jeli, tidak jauh dari rumah mak abah di Kuala Balah jadi selalu dah jumpa orang tua. Ketika mereka datang rumah saya baru-baru ini, hanya mampu berpamitan dan bertanya khabar dari luar pagar.
Video:
View this post on Instagram
“Ketika itu saya sedang menjalani ku4rant1n pada hari ke-enam… hanya mampu melambai dari tingkap bilik saja. Video tersebut direkod oleh adik saya yang tinggal bersama,” kata wanita berusia 31 tahun ini.
Senang disapa sebagai Shima, wanita ini berkata keluarganya turut membawa buah tangan berupa lauk masakan ibunya dan makanan lain.
“Disebabkan saya, suami, dua adik dan dua anak sedang ku4rant1n, mereka hanya sangkut makanan di pagar. Setidak-tidaknya dapat juga menatap wajah yang tersayang.
Antara buah tangan yang dibawa keluarga Shima ketika menziarahinya baru-baru ini.
“Sed1hnya adik dan kakak sampai sekarang tak dapat jumpa lagi anak bongsu saya yang berusia empat bulan. Tak ada rezeki nak berjumpa mereka kali ini sebab saya dijangka habis ku4rant1n pada 20 Oktober.
“Ketika itu, mereka sudahpun pulang ke rumah masing-masing. Mudah-mudahan kami ada rezeki lagi untuk bertemu selepas ini,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Bercerita lebih lanjut, Shima berkata dia dij4ngkiti C0vldl9 pada 7 Oktober lalu selepas terdapat kes positif di tempat kerjanya.
Foto percutian keluarga Shima (dua, kiri) pada penghujung tahun lalu.
Bagaimanapun dia bersyukur kerana suami, anak-anak serta dua adiknya negatif v1rus berkenaan.
“Pada beberapa hari awal, saya alami s1mptom yang teruk juga seperti b4tuk, s4kit tekak dan sel3sema. Sekarang ni Alhamdulillah, makin berkurang.
“Bila dalam situasi ini, hubungan kekeluargaan kami bertambah erat kerana masing-masing memberi sokongan… ia buatkan kita lebih menghargai keluarga,” katanya yang merupakan seorang penjawat awam.
Saya ters3ntuh apabila ada yang komen, dapat jumpa mak ayah dari jauh pun dah bertuah berbanding dirinya yang sudah kehilangan kedua-duanya.
NOR MUSLIMA MOHD YUSOFF
Tidak menyangka perkongsian menjadi tular, Shima berkata dia tersentuh apabila membaca komen daripada netizen yang turut merindui orang tua dan keluarga masing-masing.
“Ada yang masih belum berpeluang untuk merentas negeri kerana tinggal berjauhan dengan keluarga. Tapi saya tersentuh apabila ada yang komen, dapat jumpa mak ayah dari jauh pun dah bertuah berbanding dirinya yang sudah kehilangan kedua-duanya.
Komen netizen:
“Apapun bagi perantau yang mahu pulang ke kampung nanti, buatlah ujian kendiri dahulu jika sayangkan keluarga. Kita tak tahu dan tak nampak v1rus ni.
“Dan paling penting, ikutlah prosedur operasi standard (SOP) walau di mana sahaja,” katanya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments