Wow gagah berani! Abang askar suruh mak ayah mer1sik selepas 3 hari kenal g4dis di TikTok, pertama kali jumpa terus dvkung! – “Mula-mula dia menj3rit”

SESI fotografi perkahwinan pastinya ditunggu-tunggu buat pasangan pengantin baharu untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

Seorang pengantin lelaki berpakaian seragam tentera menjadi perhatian di media sosial kerana kegagahannya mendvkung wanita yang baru dikahwininya.

Bukan sekadar memikul pengantin perempuan menaiki bukit yang cur4m, malah dia juga perlu melalui kawasan batu di tepi sungai demi mendapatkan sudut fotografi yang terbaik.

Faiz dan isteri bernikah pada 24 September.

Mohammad Faiz Fitri Faizi berkata, sesi fotografi itu dilakukan di sebelah petang pada hari pernikahannya 24 September lalu.

Pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu, mereka melakukan penggambaran di Hutan Lipur Bukit Bakar di Machang, Kelantan yang menjadi tumpuan riadah penduduk setempat.

“Kawasan di situ berbatu, hutan dan ada sungai. Isteri pula pakai kasut tumit tinggi dan bajunya labuh, jadi saya dvkunglah dia buat pertama kali.

“Tak nak isteri jatuh tergolek sebab kawasan licin, saya dvkung je la. Lagipun saya dah biasa menjalani latihan fizikal angkat beban berat.

“Sebelum ini saya pernah angkat kawan beratnya 80kg dan pikvl di bahu. Berat isteri 60 kilogram (kg), ringan je senang angkat,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Lebih mesra disapa Faiz, katanya, dia memikul isterinya di belakangnya kerana bimb4ng berlakunya sesuatu kejadian tak diingini.

“Kalaulah terj4tuh ke depan, saya akan j4tuh dahulu. Tapi saya tahu macam mana cara nak landing. Dvkung dia di belakang kurang beris1ko.

“Mula-mula isteri menjerit t4kut j4tuh masa saya dvkung dia. Tapi saya jaga betul-betul. Alhamdulillah okay, sesi fotografi berjalan lancar,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu.

pengantin dukung bini 3

Sesi fotografi di Hutan Lipur Bukit Bakar.

Siapa sangka jejaka yang berkhidmat sebagai tentera selama enam tahun itu hanya bersemuka dengan isteri pada hari perkahwinan selepas mula berkenalan pada Januari tahun ini.

“Saya dan isteri bertemu jodoh di TikTok. Tapi masa tu saya bertugas di Sibu, Sarawak. Dia pula di Kelantan, memang kami tak pernah berjumpa.

Saya minta tolong mak, abah carikan jodoh, last-last saya sendiri jumpa jodoh di TikTok. Saya nak halalkan jadi isteri

MOHAMMAD FAIZ FITRI FAIZI

“Kami kenal 7 Januari, tiga hari selepas tu pada 10 Januari saya minta keluarga saya hantar rombongan untuk merisik dan kami bertunang pada Februari.

“Sepanjang tempoh itu kami hanya video call. Kami jumpa pertama kali masa nak kahwin hari tu, terus dvkung isteri di sebelah petang untuk fotografi,” ujarnya.

pengantin dukung bini 6

Mula mengenali antara satu sama lain di TikTok.

Menurut Faiz, dia sememangnya sudah berazam untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

“Saya minta abah dan mak tolong carikan calon isteri. Memang saya berazam nak kahwin tahun ini. Tapi bila dah kenal dengan isteri saya di TokTok, saya terus berkenan.

“Saya minta tolong mak, abah carikan jodoh, last-last saya sendiri jumpa jodoh di TikTok. Saya nak halalkan jadi isteri,” ceritanya mengenai isteri, Wan Suria Najihah Wan Rukeman yang berusia 18 tahun.

pengantin dukung bini 4

Azam Faiz untuk berkahwin tahun ini tertunai.

Dalam pada itu, pemuda ini juga berkebolehan memasak malah sering memasak sambil membuat panggilan video bersama bakal isterinya yang ketika itu berjauhan.

“Dari dulu saya boleh masak seperti tom yam, ayam masak merah, ayam masak kunyit dan masak cili api. Saya lebih suka memasak daripada membeli.

“Hari pertama kahwin, saya masak tom yam ayam untuk satu keluarga isteri. Alhamdulillah, mereka puji masakan saya. Seronok tengok mereka happy,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...