[Vide0] Pem3rgian Siti Sarah jadi asbab Shuib belajar mengaji al-Quran – “Kalau bab nyanyian tahu pula nak menyanyi sedap-sedap”

PADA usia 37 tahun Shuib Sepahtu berharap dia masih belum terlambat untuk memperbetul bacaan dan mendalami ilmu al-Quran sebagai panduan di dunia dan akhir4t.

Kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, uji4n yang menimpa dia sekeluarga dengan pem3rgian Siti Sarah membuatkan semakin dekat dengan agama.

“Sebelum ni saya ada baca al-Quran, boleh la walaupun mer4ngkak. Tapi daripada kisah isteri saya ia jadi asbab untuk saya teliti bacaan al-Quran.

“Hari pertama baca surah Yasin secara beramai-ramai, lepas sesi zoom tu saya cuba baca sendiri… ambil masa dekat dua jam nak habis.

“Saya rasa macam… ya Allah d4ifnya, b0dohnya kau Shuib. Sampai saya lengvh-lengvh pinggang. Jadi saya cakap pada diri kena buat sesuatu… kena merdekakan diri daripada bvta al-Quran,” katanya.

Shuib berkata demikian pada majlis forum bertajuk ‘Kemerdekaan Satu Penghijrahan’ anjuran Masjid Puncak Alam yang diadakan secara live di Facebook pada Rabu malam.

Forum sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 itu turut disertai pend@kwah terkenal Haslin Baharim, Abdullah Khairi dan Johari Abdul Wahab.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Cerita Shuib lagi, dia tidak m4lu untuk belajar semula daripada bawah asalkan dapat memperbetulkan kelemahannya itu.

“Saya nak belajar al-Quran sampai cari semula buku iqra. Saya nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar iqra.

“Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran,” katanya lagi.

Tambah Shuib buat masa ini dia berguru bersama pend4kwah Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

“Kalau boleh saya nak jadi macam ustaz Tarmizi. Dia guru saya ajar mengaji.

“Ya Allah… sebab kalau bab nyanyian tahu pula saya nak menyanyi sedap-sedap. Buat Sepahtu Reunion tau pula menyanyi, mendayu-dayu.

“Kalau dulu menyanyi lagu duet dengan arwah isteri, buat rehearsal betul-betul bagai nak rak. Tapi apabila mengaji tak reti… rasa tervk sangat,” katanya.

Dalam pada itu Shuib berkata dia juga akan cuba mendidik anak-anak menjadi generasi yang celik al-Quran.

shuib bapa

Shuib kini bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m4tin, 6, dan Ayash Affan.

“Saya harap boleh istiqamah dengan anak-anak (belajar al-Quran). Sebelum ni saya tak pernah cakap pun dengan anak-anak.

“Saya panggil mereka duduk depan saya. Saya tanya apa cita-cita mereka. Saya kata tak kisah apa pun cita-cita mereka asalkan pegangan kita ialah al-Quran.

“Itu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat,” katanya.

Shuib kini bergelar bapa tunggal selepas isterinya Siti Sarah men1ngg4l dvnia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur ak1b4t C0vldl9 pada 9 Ogos lalu.

Untuk rekod, Shuib dan arw4h Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m@tin, 6, dan Ayash Affan yang dikeluarkan daripada kandungan secara pembedahan pada 6 Ogos lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...