[Vide0] Anak Tanya Kenapa Simpan RM20 Belakang Phone, Jawapan Ayah Memang ‘Out Of The Box’

Ayah-ayah kita mesti pakai casing telefon yang jenis lipat tu kan. Tapi korang perasan tak mesti ada sejumlah duit yang dia orang simpan belakang phone tu. Korang pernah tanya tak kenapa dia simpan duit belakang telefon?

Dalam perkongsian @arifnadz, dia telah memuat naik satu video di akaun Tiktok miliknya di mana dia telah bertanya pada ayahnya kenapa dia simpan duit belakang telefon.

“Jawapan paling win abad ni!”

Ketika Arif sedang lepak dengan ayahnya di ruang tamu rumahnya, dia ternampak duit kertas yang berjumlah RM20 di belakang telefon bimbit ayahnya sambil terbaring atas sofa.

Disebabkan rasa ingin tahu, Arif bertanya kepada ayahnya kenapa simpan duit RM20 belakang phone tu. Jawapan ayah dia memang win! Ayahnya berkata, kalau dia kena cul1k, RM20 tu boleh jadi penyelamat untuk pulang ke rumah naik Grab.

Video:

@arifnadz

Kisah sedih malam #sadstory

♬ as the world caves in by matt maltese – anaya

“Tak terfikir pun jawapan tu”

Kata ayahnya lagi, kalau dia dicul1k jauh dari rumahnya, dia akan jalan kaki pulang atau tidur dekat mana-mana masjid yang berhampiran. Jawapan sedih yang dilontarkan ayahnya itu telah mendapat banyak perhatian di Tiktok.

Video pendek yang dimuat naiknya semalam telah mendapat lebih daripada setengah juta tontonan di Tiktok. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen sangat terkejut dengan jawapan ayahnya. Mereka juga berpendapat bahawa ayahnya berpandangan jauh.

Komen netizen:

Ada juga yang tegur cara ayahnya melihat telefon dengan dekat dan brightness terlalu terang.

Apa-apa pun min doakan supaya ayah dia sihat dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: lobakmerah, mediamalaysia



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...