Upah shooting dan edit video hanya RM100, jurufoto minta jangan pertik4i harganya! – “Pelanggan luar Kelantan, tunggu boleh rentas negeri”

Bagaikan satu kemestian, momen ketika hari bahagia pastinya akan diabadikan dalam bentuk foto dan video.

Apabila berbicara mengenai khidmat video di hari bahagia, harganya sudah pasti mencecah sehingga ke ribuan ringgit.

Namun, lain pula cerita jejaka Kelantan ini apabila dia menawarkan khidmat rakaman dan suntingan video pada harga yang tidak masuk ak4l.

Najhan terh4ru terima komen positif di aplikasi TikTok.

Menurut Muhammad Najhan Ruslan, 24, dia peka dengan situasi ekonomi semasa dan cuba menawarkan perkhidmatan itu pada harga serendah RM100 sejak dua bulan lalu.

“Saya sebenarnya suka buat video sejak zaman aplikasi Dubsmash lagi, sejak tahun 2015. Perkhidmatan video RM100 ini pula saya perkenalkan dua bulan lepas.

“Cuma saya tak hebahkan pada orang. Kemudian saya post di TikTok, tak sangka viral. Sekarang tempahan untuk shoot pada hari minggu sepanjang bulan Oktober dah penuh. Kebanyakannya untuk majlis kahwin.

“Saya terkejut apabila direct message (DM) masuk tak berhenti. Tak menang tangan nak jawab. Saya buat sekitar Kelantan saja, tapi ramai orang luar Kelantan yang mesej. Kebanyakannya dari Terengganu.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“InsyaAllah boleh pertimbangkan selepas kebenaran rentas negeri diputuskan kerajaan,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Mesra disapa Najhan, dia berkata harga RM100 itu tidak sepatutnya dipertik4i dan dianggap membvnuh harga pasaran.

Pada saya, kalau kita ada minat, perlu beranikan diri. Buat dulu, jangan fikir orang lain.

NAJHAN

Sebaliknya kata Najhan, harga itu bertepatan dengan khidmat yang ditawarkan memandangkan ia dihasilkan 100 peratus menggunakan peranti telefon miliknya sahaja.

“Saya letak harga RM100 kerana rakaman dan suntingan 100 peratus dibuat menggunakan telefon Apple iPhone 11 Pro max.

“Sekarang zaman p4ndem1k C0vldl9, saya pun faham dengan keadaan orang kita. Saya pun tak boleh letak harga mahal sebab rakam guna telefon saja.

najhan2

Antara paparan skrin video yang dihasilkan Najhan.

“Saya tak ada modal apa-apa. Cuba guna gimbal dan bayar harga aplikasi untuk edit video. Untung itu saja. Ada juga terfikir nak beli laptop untuk buat editing selepas ini,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun menurut Najhan lagi, ada juga pelanggan yang mempertik4ikan harga tersebut dan cuba membayar lebih daripada RM100 kepadanya.

Selain sokongan tak putus-putus daripada pelanggan, Najhan juga terharu dengan komen positif netizen yang memuji dirinya menerusi aplikasi TikTok.

“Setakat ini ramai yang gembira. Kadang-kadang ada pelanggan nak bayar lebih, dia tak sanggup sebab murah sangat. Tapi saya pun tak sanggup nak ambil bayaran mahal.

“Saya terbaru baca komen, saya anggap ia satu rezeki. Kalau ada sesiapa nak buat video dan nak kurangkan bajet, bolehlah hubungi saya,” ujarnya lagi.

najhan3

Najhan tak menang tangan menjawab mesej di media sosial selepas videonya tular.

Sepanjang menghasilkan video, Najhan juga pernah berdepan komen neg4tif, namun menganggap ia sebagai pemb4kar semangat untuk dirinya.

“Dulu saya pakai iPhone X, sekarang iPhone 11 Pro Max. Dulu ada juga komen neg4tif yang cakap kualiti video tak cantik, tapi sekarang Alhamdulillah dah OK.

“Ada juga akaun p4lsu yang buat komen neg4tif. Ada juga yang cakap pada saya tak perlu buat video sebab tak bawa pulangan dan tak boleh pergi jauh. Tapi saya dah buktikan sekarang.

“Pada saya, kalau kita ada minat, perlu beranikan diri. Buat dulu, jangan fikir orang lain,” ujarnya lagi.

Selain video perkahwinan, Najhan juga menawarkan perkhidmatan video untuk acara lain seperti majlis hari lahir, pertunangan dan sebagainya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...