Syamel layan kehendak Ernie Zakri suka menyanyi di rumah, lain macam penangan orang meng4ndung – “Kami dah macam buat konsert”

Bakal menimang cahaya mata dan bergelar bapa, penyanyi Syamel akui teruja untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar tidak lama lagi.

Ujar Syamel dia bersyukur isterinya yang juga penyanyi Ernie Zakri tidak mengalami ragam pelik seperti yang dihadapi oleh kebanyakan ibu hamil lain ketika usia kandung4nnya kini memasuki empat bulan.

“Setakat ini dah masuk empat bulan semuanya berjalan lancar, dia hanya alami alahan biasa seperti mana wanita lain meng4ndung.

“Tapi tak yang ada tervk sangat, hanya morning s1ckness sikit dan Ernie ni memang manja.

“Yang peliknya sebelum ini Ernie kalau dekat rumah dia jarang nyanyi. Tapi since dia h4mil ni, dia kuat nyanyi sampai saya pun terikut. Kami dah macam buat konsert kat rumah,” katanya kepada mStar.

SYAMEL 1

Syamel umum keh4milan Ernie pada Jumaat.

Ditanya berhubung persediaan bakal menjadi seorang bapa, Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, berkata dia mula membaca mengenai hal itu menerusi carian di Internet.

Selain itu kata Syamel dia turut mendapatkan maklumat daripada orang yang lebih berpengalaman.

“Ernie sangat behave dan tak ada mengidam yang pelik-pelik.

Saya lebih banyak bertanya kepada parent yang lebih berpengalaman… boleh tanya macam mana persediaan mereka dulu,

SYAMEL

PENYANYI

“Untuk persediaan so far slowly, tak ada la buat research sangat. Saya lebih banyak bertanya kepada parent yang lebih berpengalaman… boleh tanya macam mana persediaan mereka dulu.

“Tengok sikit-sikit kat Internet sebab ni pertama kali,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @erniezakri

Pada 24 September lalu Syamel menamatkan teka-teki apabila mengumumkan isterinya sedang h4mil empat bulan menerusi perkongsian di Instagram.

Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...