Sendirian angkat 5 tan sawit masuk lori, pemuda ini ada al4san enggan guna mesin… harap isteri faham sesuatu daripada video dikongsi

Kekuatan jejaka berusia 24 tahun ini mengangkat tandan kelapa sawit ke dalam lori ternyata mencvri perhatian ramai.

Malah, video ketika dia sedang bekerja yang dikongsi di aplikasi TikTok turut tular sehingga meraih lebih 70,000 tontonan.

Menurut Mohd Afiq Norizam, dia yang menetap di Felda Maokil, Segamat, Johor sudah dua tahun bekerja sebagai tukang angkat sawit.

Afiq bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Bercerita lanjut kepada mStar, dia yang senang disapa Afiq mengakui ada mesej yang mahu disampaikan kepada masyarakat menerusi video yang dikongsi di TikTok miliknya.

“Kalau tengok pada kapsyen, saya hanya suruh orang ramai teka berapa kilogram (kg) berat tandan kepala sawit yang saya angkat.

“Tapi video itu saya kongsi untuk tunjuk kepada orang di luar sana, bagaimana kita mencari duit untuk meny4ra keluarga.

“Saya nak sampaikan mesej kepada orang yang berkeluarga, khususnya isteri, supaya jangan perl3keh suami.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya rasa mesej itu sampai. Walaupun saya tak nyatakan pada kapsyen, tapi ada orang komen, meminta kaum hawa hargai suami yang sus4h p4yah cari nafkah,” ujarnya.

Menurut Afiq, kerja itu tidaklah semudah yang disangka, malah dia turut berdepan dengan pelbagai cab4ran dan ris1ko.

Saya cuma fikir ada tanggvngan. Itu yang membuatkan saya kuat.

AFIQ

Malah katanya, dia senang bekerja sendirian biarpun terp4ksa menggunakan kudr4t yang ada untuk mengangkat buah kelapa sawit ke dalam lori tanpa sebarang bantuan mesin.

“Ada buah yang saya angkat, sebesar tayar lori. Dalam 70 ke 80kg. Kalau kawasan berbukit, ada risiko buah terj4tuh ke dalam g4ung.

“Kalau nak kata s4kit, memang normal pada semua yang kerja macam saya. Biasanya kalau terlampau s4kit, saya akan urvt. Tapi tak elok juga selalu urvt, nanti akan beri kesan kepada tul4ng. Nak tak nak, risiko s4kit pinggang itu normal.

“Saya bawa lori sendirian, angkat tandan sawit ke dalam lori juga sendirian. Saya memang ‘jalan’ seorang. Biasa dalam satu kebun ada 10 ekar, majoriti buah dalam lima tan.

“Kalau lori saya, biasa akan bawa dalam tiga susun bersamaan lima tan, ada dalam 100 ke 200 tandan. Ramai juga yang tanya, kenapa tak guna mesin? Jawapannya, kalau pakai mesin, tuan kebun kena keluar banyak duit.

afiq4

Antara video yang dikongsi di TikTok.

“Kita yang ‘loading’ pun dah kurang kerja kalau pakai mesin. Bila pakai mesin, tak perlu lagi guna orang untuk angkat sawit,” jelasnya lagi.

Afiq yang pernah bekerja di bengkel mengakui hanya keluarga yang menjadi kekuatannya dalam meneruskan pekerjaan.

ded4h Afiq lagi, dia dan isteri, Nur Sharkila Ahlan, 23, bakal menyambut cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Saya cuma fikir ada tanggungan. Itu yang membuatkan saya kuat. Memang fikir akan keluarga saja.

“Saya dah berkahwin pada tahun 2018. Dah ada anak umur setahun sembilan bulan. InsyaAllah akan dapat anak kedua tak lama lagi. Sekarang isteri hamil 37 minggu,” ujarnya.

afiq3

Afiq kuat meneruskan pekerjaan demi keluarganya.

Sementara itu, Afiq berkata dia turut terkejvt dibanjiri banyak komen di aplikasi TikTok.

Selain bertanya mengenai pekerjaan itu, ramai anak Felda turut berkongsi kisah mereka dan menyifatkan video dikongsi Afiq sebagai pengub4t r1ndu buat mereka.

“Ada juga yang komen, ceritakan kisah lama mereka tolong ayah tolak buah di Felda. Mereka cerita kenangan. Jadi video saya jadi pengub4t r1ndu untuk mereka.

“Sebenarnya saya tengok ramai lagi orang di luar sana yang bekerja lebih keras, angkat buah lagi besar, tapi mereka tak tunjuk kepada sesiapa. Jadi saya wakilkan mereka, untuk tunjuk realiti kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...