S4mseng dalam Squid Game rupa-rupanya pencinta kucing dalam kehidupan sebenar

Penonton barangkali sangat memb3ncinya disebabkan watak antag0nis seorang s4mseng bernama Jang Deok-su yang dijayakannya dalam siri Netflix nombor satu global, Squid Game.

Pun begitu, dalam dunia realiti, pelakon yang menjayakan karakter tersebut, Heo Sung-tae ternyata seorang yang sangat berbeza dan sangat menyantuni semua makhluk termasuk haiwan peliharaan, kucing.

Menerusi akaun Instagram rasminya @heosungtae, selain berkongsi perihal kehidupan seharian dan kerjaya, pelakon berkenaan acap kali berkongsi entri berbentuk untaian keletah kucing-kucing peliharaannya.

Kata orang putih, ‘don’t judge a book by it’s cover’ ataupun dalam bahasa Melayu membawa maksud tak kenal maka tak cinta, dan ternyata Sung-tae benar-benar memberi definisi tersendiri terhadap frasa tersebut.

“Ya Tuhan, anda kelihatan sangat baik, bertentangan dengan karakter yang anda bawa (dalam Squid Game). Aktor yang sangat bagus,” tulis seorang peminat dalam ruangan komen satu entri yang dimuat naik Sung-tae.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 허성태 (Sungtae Heo) (@heosungtae)

Heo Sung-tae mencuri tumpuan ramai peminat global apabila menjayakan watak s4mseng bernama Jang Deok-su dalam siri hasil produksi Korea Selatan yang mencetus fenomena seluruh dunia iaitu Squid Game.

Karya arahan sutradara Hwang Dong-hyuk itu mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi siri Korea Selatan pertama mendaki tangga atau rangking nombor satu di Amerika Syarikat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 허성태 (Sungtae Heo) (@heosungtae)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...