“Keti4k pun tak sempat peluh ni” – [Vide0] Aksi Pemuda Pergi Intern ‘Jauh’ Dari Rumah Ini Buat Netizen Terhibur

Bagi sesetengah pelajar institut pengajian tinggi, ada yang perlu menjalani latihan industri atau bahasa lainnya praktikal untuk melengkapkan tempoh pengajian mereka.

Ada mahukan tempat kerja yang jauh supaya vibe bekerja tu lebih terasa, dan ada juga yang lebih memilih kawasan yang dekat supaya tak pen1ng fikir pasal kos. Namun jarak perjalanan pemuda ini ke tempat praktikalnya memang sangat menarik.

Praktikal sebelah rumah

Baru-baru ini, viral sebuah video mengenai jarak perjalanan seorang pelajar ini yang hendak pergi ke tempat praktikal daripada rumahnya.

Posting ini dimuat naik oleh @Aidil., dimana dia menunjukkan suasana tempat dia menjalani latihan industri daripada rumahnya.

Dalam video tersebut, Aidil difahamkan menetap di Perak dan kini sedang menjalani tempoh praktikalnya di Pejabat Tanah daerah Lenggong.

Pemuda tersebut menunjukkan dia yang dalam keadaan santai, sempat buat air dulu sebelum pergi ke tempat kerjanya sebab jarak perjalanannya tak sampai 5 minit pun. Dia yang masuk kerja pvkul 8 pagi itu turut mengatakan bahawa jika pergi 5 minit awal pun masih terasa awal untuk tiba di tempat intern nya itu.

“Masuk kul 8, gerak 7:55 pun rasa awal lagi,” katanya.

Aidil yang merupakan siswa di Politeknik Sultanah Bahiyah, Kedah ini dilihat berjalan melalui pintu pagar kecil di samping rumahnya lalu menapak beberapa langkah sebelum tiba di pejabat tersebut dan terus melakukan kerjanya.

Video:

@aredyleardhaa

Haih..boleh ka Fyp vid 30 saat?

♬ Beggin’ – Måneskin

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini posting tersebut telah meraih lebih dari 212k views di TikTok.

Seronok betul eh sebelah macam tu je.

“Ni kalau hujan sempat balik angkat kain jemuran”

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian pemuda tersebut nyata buat rata-rata netizen jadi terhibur. Ada yang sempat bergurau mengatakan dia tak perlu t4kut kalau jemur pakaian sebab sempat untuk lari dari pejabat dan angkat kain tersebut.

Selain itu juga, ada yang berseloroh berkata pekerja di pejabat tersebut akan tahu ke mana dia pergi kalau tiba-tiba hilang.

Komen netizen:

Seronok betul tak payah fikir kos makan, minyak kenderaan kalau macam ni. Lunch mesti dia paling best ni.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...