Joging tak boleh, dine-in pun tak lepas! G4dis ini hanya mampu tengok keluarga lepak mamak dari dalam kereta, mujur dapat ‘lay4n’ apam manis

Pastinya ramai yang melepaskan kerinduan untuk makan di luar apabila kelonggaran bersyarat diberikan kepada individu lengkap dua svntikan d0s v4ks1n C0vldl9.

Bagaimanapun, seorang g4dis hanya mampu melihat keluarganya menikm4ti hidangan di sebuah restoran mamak kerana masih belum cukup 14 hari dari tarikh d0s kedua v4ks1n.

Apa yang melucukan apabila dia merasai ‘suasana’ makan di kedai mamak itu dengan menjamahnya dari dalam kereta, yang diletakkan bersebelahan premis makanan itu.

Yasmin selesai d0s kedua v4ks1n, Sabtu lalu.

Gadis berkenaan, Nur Yasmeen Eryka Zulkefli berkata, keluarganya berkunjung ke sebuah restoran mamak di Seksyen 3, Shah Alam pada pagi Ahad.

Namun, pelajar berusia 18 tahun itu memberitahu, dia baru selesai mendapatkan d0s kedua v4ks1n di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada Sabtu.

“Tapi saya tak dapat masuk ke restoran sebab ‘partially v4ccin4ted’. Keluarga saya iaitu ayah, ibu dan abang termasuk ibu saudara dapat masuk sebab mereka dah lengkap v4ks1n.

“Saya teringin nak makan apam manis kat kedai. Kali terakhir saya datang ke sini tahun lepas. Saya jeal0us sebab tak dapat dine-in sekali.

“Tapi, saya okay je sebab masih dapat makan apam manis kesukaan saya dari dalam kereta sambil melihat mereka makan di restoran,” katanya kepada mStar.

Video:

@yasmeeneryka

dine-in dalam kereta luhhhh #vaccine #seconddose #fyp #kedaimamak #mysejahtera

♬ Fantastic – 𝘿2π™ˆ πŸ’ π™Žπ™π™Šπ™π™”πŸ’ 

Sementara itu, ibu Yasmeen, Noor Aishah Amirulizan, 47, berkata, sebelum ke restoran berkenaan, mereka berlima pergi bersenam di Taman Tasik Shah Alam berdekatan.

“Tapi hanya saya, suami, anak lelaki dan ibu saudara Yasmeen saja yang keluar berjoging memandangkan Yasmeen baru ambil d0s kedua v4ks1n sehari sebelum.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan supaya mengelakkan aktiviti fizikal yang berat selama satu minggu selepas menerima d0s pertama dan kedua v4ks1n.

“Jadi Yasmeen tunggu kami dalam kereta sementara kami berjoging selama sejam,” ujarnya sambil menambah rancangan untuk sarapan di restoran dibuat sebelum beriadah.

dine in dalam kereta 2

Ibu Yasmin (kanan) dan ibu saudara (kiri) di restoran, manakala Yasmeen dari dalam kereta.

Menurut pegawai bank itu, secara kebetulan terdapat petak parkir kosong menghadap meja makan yang didudukinya bersama tiga ahli keluarga.

“Mula-mula suami parking kereta jauh dari restoran. Bila anak tak boleh masuk makan di kedai, suami alihkan kereta dan parking di petak parkir kosong menghadap meja saya.

Mula-mula suami parking kereta jauh dari restoran. Bila anak tak boleh masuk makan di kedai, suami alihkan kereta dan parking di petak parkir kosong menghadap meja saya

NOOR AISHAH AMIRULIZAN

“Tapi kami kasihankan dia, takkan tinggal seorang dalam kereta dan tak makan. Jadi kami order apa manis dan bungkus milo ais untuk dia. Dengan tray makanan kami hantar ke kereta.

Selepas dia makan, suami pergi ambil tray. Kira-kira 40 minit kami di restoran. Ikutkan nak tambah order, tapi kasihan kat Yasmeen kena dine-in dalam kereta,” ujarnya secara berseloroh.

dine in dalam kereta 5

Aishah (kanan) bersama Yasmin.

Aishah memuji pihak restoran berkenaan yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, membuatkan mereka lebih yakin untuk kembali makan di premis itu.

“Kami akur dengan SOP. Tapi takkan nak hantar dia balik ke rumah, dengan perjalanan kira-kira 3 kilometer menaiki kereta. Itu yang dia dine-in dalam kereta saja,” tambahnya.

dine in dalam kereta 4

Yasmeen (kiri) bersama keluarga.

Yasmeen yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan di Management and Science University (MSU), Shah Alam berkata, dine-in dalam kereta merupakan pengalaman baharu ketika p4ndem1k.

“Rasa kelakar, tapi ada feeling macam kedai mamak. Tak apa, tunggu tempoh 14 hari selesai (lengkap v4ksin4si) dan saya pasti akan datang ke restoran tu untuk dine-in,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...