[Foto] Ryzal & Maryam Rai Ulangtahun Resepsi, Peminat Kempvnan Nak Tengok Majlis Sanding Di Malaysia Pula

Berbeza budaya di Korea Selatan, pasangan YouTuber popular Ryzal dan Maryam You Narae meraikan dua ulangtahun perkahwinan setiap tahun.

Pertamanya ulangtahun pernikahan pada setiap 15 Ogos dan keduanya ulangtahun resepsi pada 29 September.

“Bila kahwin dua negara ni unik sikit. Di Korea, hari majlis resepsi itu ulangtahun mereka. Ya lah, sebab tiada majlis nikahkan.

“Jadi, setiap tahun ada dua kali ulangtahun perkahwinan. Isteri sama tau, jangan buat hal,” tulis Ryzal.

Berkongsi foto-foto menarik sepanjang majlis resepsi di Korea Selatan, balas Maryam pula, mereka bagaimanapun masih belum membuat resepsi di Malaysia.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

“Kita belum buat resepsi di Malaysia. Ada satu lagi,” kata Maryam.

Balas Ryzal berseloroh; “Cukuplah tu sayang, kasihan anak kita confuse nanti.”

Komen terbabit menarik perhatian peminat mereka yang mahukan pasangan itu mengadakan majlis resepsi sekali lagi di negara kelahiran Ryzal.

Malah, ada yang mencadangkan mereka mengadakan resepsi seperti pasangan Shuib dan arw4h Siti Sarah yang mengadakan majlis resepsi mereka selepas enam tahun berkahwin.

Ada juga yang turut mencadangkan mereka mengadakan resepsi bersama majlis akikah b4yi sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Komen netizen:

Ryzal atau nama penuhnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019.

Pasangan itu bernikah di Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan yang hanya dihadiri keluarga terdekat mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...