Ayda Jebat & Nabil Mahir Buka IG Untuk Ana Nayla – ‘Followers Nak Cecah 50k Dalam Tempoh Sehari!’

Semalam, pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat telah berkongsi wajah serta nama anak sulung mereka di Instagram (IG).

Pasangan sejoli ini sepakat memilih nama Ana Nayla Ahmad Nabil serta membuka satu akaun rasmi buat anak kecil itu.

Menerusi tinjauan pihak OhBulan! akaun Instagram Ana Nayla sudah mempunyai lebih daripada 41 ribu orang pengikut. Jumlah pengikut tersebut diramalkan semakin meningkat dalam jangka masa beberapa hari lagi.

Setakat ini, Nabil dan Ayda hanya memuat naik sebuah rakaman video pendek yang memaparkan wajah Ana Nayla. Video tersebut turut meraih hampir 600,000 tontonan daripada warganet.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Princess Ana Nayla (@ananaylaofficial)

Sebelum ini, Ayda memberitahu kepada umum bahawa dia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada tarikh 21 September yang lalu. Ujar Ayda, dia dan Nabil bersepakat untuk mended4hkan nama dan wajah anak mereka kepada umum selepas seminggu kelahiran Ana Nayla.

Nabil turut berkongsi detik kenangan terindah sewaktu pertama kali melihat puteri sulungnya itu. Jelas Nabir, proses bersalin Ayda pada waktu itu sangat cepat dan lancar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Cuma, malam pertama selepas dilahirkan Ana Nayla akan mula bangun daripada tidur hampir setiap jam.

Alhamdulillah baby senang dipujuk. Thank you semua atas ucapan dan doa. Moga kita sama-sama dapat keberkatan dariNya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...