[Vide0] Salute Inisiatif Patriotik Tan Boon Heong ! Kali Ni Jadi Rapper Nyanyi Happy Birthday Malaysia

Bekas jaguh badminton negara, Tan Boon Heong terus mencvri perhatian netizen dengan kemas kini dalam laman Instagram rasminya, @tanboonheong7.

Semalam, beliau muncul dengan sebuah pot0ngan video pendek yang menyaksikan dirinya bukan sekadar menjadi penyanyi, tetapi juga rapper bersama dua lagi penyanyi berbangsa Cina.

Uniknya, lagu yang dinyanyikan mereka bertiga adalah sebagai lambang apresiasi dan patriotisme terhadap negara yang menyambut ulang tahun ke 64 Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun, termasuk hari ini.

Menerusi visual yang ditonton Gempak, Boon Heong memulakan muzik video dengan beberapa jenis permainan tradisional seperti gasing, wau, congkak dan batu seremban.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tan Boon Heong 7 (@tanboonheong7)

Memakai baju berwarna hitam, Boon Heong kemudian menyanyi secara rap dalam dwi bahasa iaitu Melayu dan Cina.

“Ke mana pun pakai topeng muka banyak panaslah takut member tak kenal saya, takut tak ada pilihan”, begitu antara bait lirik yang dinyanyikan secara rap oleh pemain badminton kelahiran Kedah ini.

Antara lirik yang diselang seli dalam bahasa Cina dan Melayu itu, ia turut menyentuh mengenai situasi ekonomi dan keadaan rakyat yang perlu ikat pervt dalam p4ndem1k C0VlDl9 yang masih belum reda.

“Confirm, saya makan ikan bilis, ikan bilis saja”, antara bait lain yang didendangkannya.

Boon Heong kemudian dilihat menyebut ‘tapi jangan ganjiong’, Happy Birthday Malaysia.

Persembahan santai dan inisiatif yang dilakukan Boon Heong mendapat pujian daripada netizen.

Ramai yang teruja dengan cara Boon Heong menghargai Malaysia dan terharu dengan apa yang dilakukannya bersama barisan pemuzik lain.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...