Amboi, makin cantik dan matang buah hati kesayangan Kajol! Genap berusia 18 tahun pada 20 April lepas, kecantikan yang dimiliki Nysa Devgn iaitu puteri sulung Kajol dan Ajay Devgn ini memang saling tak tumpah mewarisi kejelitaan ibunda tersayang. Bermata bundar, hidung mancung dan paling menarik perhatian adalah senyuman manisnya. Boleh buat orang ‘c4ir’!
Meskipun populariti Nysa sebagai anak kepada selebriti popular India ini tidak seglamor anak Shah Rukh Khan, namun rata-rata peminat di sana terpikat dengan kesederhanaan yang dimiliki Nysa.
Melihat Nysa sahaja sudah mengingatkan peminat kepada kecantikan asli ibunya. Tidak dinafikan Nysa mewarisi sepasang mata yang cantik dan senyuman memikat. Tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah, kelibat Nysa turut kelihatan di majlis-majlis hiburan dan kebajikan yang disertai kedua-dua ibu bapanya.
Enggan si anak terlalu dided4hkan dengan spotlight dunia glamor, dalam satu gambar yang dimuat naik Ajay, kelihatan dia dan anak g4dis kesayangan hadir menjayakan aktiviti kebajikan yang dianjurkan badan amal Smile Foundation.
Walau baru berusia belasan tahun tapi Nysa sudah dididik mengenai tanggungjawab dan rasa prihatin kepada golongan memerlukan. Pandai Ajay dan Kajol mendidik anak.
Kajol dan suami telah menghantar Nysa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Memetik laporan NDTV.com, Nysa menjadi pelajar di United World College of South East Asia di Singapura sejak tahun 2018.
Ketika Singapura dil4nda p4ndem1k C0vldl9 pada Mac tahun lalu, Kajol telah ‘terbang’ ke Singapura untuk membawa pulang anak perempuannya selepas negara tersebut mengenakan l0ckdown.
Dalam temu bual bersama NDTV.com, Kajol turut mended4hkan cara didikannya terhadap anak-anak. “Saya sangat teg4s dengan anak-anak kerana sangat penting untuk mereka tahu tentang batas sesuatu perkara dan tidak boleh melangkauinya.
Saya percaya mereka akan membesar jadi manusia lebih baik jika mengikuti didikan kami. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai apa yang betul dan salah.”
Menerusi perkongsian Kajol di Instagram miliknya, aktres berusia 46 tahun ini ada memuat naik wajah terkini puteri kesayangan. Nysa yang dahulunya masih kelihatan kanak-kanak dan memakai cermin mata, kini tampil dengan imej matang dan cantik.
Mengintai ruangan komen di IG Kajol, rata-rata peminat memuji kejelitaan anak g4disnya. Tidak kurang juga yang mengagumi keanggunan pelakon Bollywood ini yang sentiasa tampak awet muda.
Kajol dan Ajay yang kedua-duanya merupakan pelakon berbakat besar di India berkahwin pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan selama 22 tahun itu mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa Devgn dan seorang anak lelaki yang diberi nama Yug Devgn.
Nysa dilahirkan pada 20 April 2003 dan ketika masih di dalam kandvngan, Ajay memasang hasrat untuk menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Nysa yang bermaksud ‘Goddess of purity’. Anak lelaki mereka pula dilahirkan pada tahun 2010.
Ketika Nysa dil4hirkan, Kajol memberi tumpuan penuh terhadap perkembangan anaknya itu berbanding tawaran berlakon memandangkan bintang Kuch Kuch Hota Hai ini pernah mengalami kegvguran.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Instagram Ct sharina, dnq
via Sinar Viral Network
0 Comments