Remaja jalan k4ki 5km ke tempat kerja, bos baru pelvk Islam akui nikmat sedekah selepas hadiahkan basikal untuknya – “Dia ibarat ketua keluarga”

“TIDAK akan m1skin seseorang apabila bersedekah.”

Itulah kata-kata yang dipegang oleh wanita ini yang tidak l0kek untuk berbahagi rezeki dengan orang lain.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok menunjukkan dia menghadiahkan basikal untuk kemudahan salah seorang pekerjanya, mengundang pujian daripada warganet.

Aktiviti makan bersama pekerja menjadi aktiviti wajib pada setiap hujung minggu.

“Tiap hari dia berjalan kaki dari rumahnya untuk bekerja di kedai kami yang agak jauh juga kalau tak guna kenderaan. H4tiku tersentuh dan saya segera ke kedai basikal dan membelikan untuk kemudahannya bekerja di kedai,” tulisnya pada perkongsian video tersebut.

Menurut Rinie Muji, pekerjanya yang bernama Amri atau mesra disapa sebagai Dadu sudah bekerja di kedai runcit miliknya yang terletak di Taman Aman Jaya 3, Lahad Datu, Sabah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0).

“Masa itu saya dan suami baru saja buka kedai runcit ini. Suatu hari, seorang wanita datang nak beli beras. Dia bertanya sama ada kami memerlukan pekerja.

“Mula-mula keberatan juga sebab kami pun baru beroperasi. Namun malam itu saya dan suami berbincang. Kami fikir mungkin dia orang svsah yang memerlukan pendapatan, jadi kami buat keputusan untuk ambil seorang pekerja.

“Saya terus hubungi wanita tersebut dan minta anaknya yang mahu bekerja tu supaya datang ke kedai keesokan hari,” ujarnya.

Video:

@rinie1181

#berbagirezeki puas hatiku..heee

♬ Sad Emotional Piano – DS Productions

Menurut wanita berusia 40 tahun ini, Amri sememangnya berasal dari sebuah keluarga yang svsah di mana hanya dia dan seorang lagi adiknya yang bekerja untuk menyara ibu dan adik-adiknya yang masih kecil.

“Amri baharu saja berusia 15 tahun tapi dia ibarat ketua keluarga dan abang kepada adik-adiknya. Dia mempunyai dua kakak dan seorang abang yang berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Ibunya tak dapat keluar bekerja kerana perlu menjaga adik beradiknya yang OKU itu serta adik-adik lain yang kecil. Saya tak pasti mengenai bapa Amri, namun ibunya sudah lama membesarkan anak-anak bersendirian.

basikal baru 2

Rinie dan suaminya membuka perniagaan kedai runcit sejak Januari lalu.

“Saya bangga kerana Amri ni seorang yang rajin dan patuh walaupun sedikit pemalu dan pendiam. Hari-hari datang bekerja berjalan kaki dari rumahnya yang sejauh lima kilometer dari kedai. Apabila habis bekerja, saya atau ibu mentua akan hantarnya pulang.

“Kasih4n dan dalam masa sama nak menghargai Amri, kami suami isteri berpakat hadiahkan sebuah basikal untuk kemudahannya. Gembira bukan kepalang bila dia dapat kejvtan… tapi dia seg4n sebab rasa ia hadiah yang mahal. Tak lekang ucapan terima kasih daripada mulutnya,” ujar Rinie yang juga seorang saudara baharu.

Menurut Rinie yang juga seorang kakitangan awam, dia menganggap Amri dan seorang lagi pekerjanya seperti ahli keluarga sendiri, malah mereka akan meluangkan masa untuk makan bersama-sama setiap hujung minggu.

Gembira bukan kepalang bila dia dapat kejvtan… tapi dia segan sebab rasa ia hadiah yang mahal.

RINIE MUJI

Tidak menyangka perkongsian videonya menjadi tular, Rinie menegaskan niatnya bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya mengharapkan agar ia sedikit sebanyak dapat memberi mesej positif kepada orang lain.

“Saya banyak kali juga fikir sebelum kongsi. Tapi bagi saya, mungkin ia boleh beri contoh kepada orang lain. Syukur, selepas viral, ada yang siap sumbang helmet dan barangan lain kepada Amri.

basikal baru 1

Anak-anak dan ibu mentua Rinie turut meluangkan masa membantunya di kedai runcit tersebut.

“Malah n4sib keluarganya turut menjadi perhatian sebuah badan bukan kerajaan. Selain itu, ada hamba Allah mendermakan wang dan minta supaya kedai kami ni menyediakan kotak b4ntuan makanan untuk orang yang memerlukan. Alhamdulillah, inilah hikmah bersedekah.

“Moga-moga video ini membuka hati ramai untuk sama-sama berbahagi rezeki kerana ramai yang terk3san sejak p4ndem1k. Janganlah sesekali kita t4kut untuk bersedekah,” katanya lagi.

Sehingga kini video yang dimuat naik oleh Rinie meraih melebihi 780,000 jumlah tontonan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...