Kebiasaannya hanya penunggang motorsikal sahaja yang akan menumpang teduh di bawah jambatan sewaktu menunggu di persimpangan lampu isyarat . Namun di Bukit Jelut0ng bukan sahaja penunggang motorsikal malah pemandu kereta turut melakukan hal yang sama.
Baru-baru ini menerusi perkongsian sebuah paparan video di TikTok yang menunjukkan kelihatan hampir semua kereta berteduh di bawah jambatan sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Hal ini menyebabkan si perakam berasa aneh dan hairan melihat hanya keretanya sahaja yang setia menunggu di hadapan.Kejadian itu membuatkan lelaki itu mula merekod video dan tertawa melihat semua kereta menunggu di belakang semata-mata mahu berteduh dari terik matahari.
Video:
@janganlupaaku02 Rakyat zaman kini🤣🤣member aq sorg ni tk prnh tk lawak🤣🤣 #kiniviral #viral #malaysiatiktok #fyp #foryoupage #fypシ #kiniviralmalaysia #meletop
Menurut lelaki itu lagi, dia turut merasa m4lu dan kek0k hanya kerana keretanya sahaja berada di depan dan sanggup menunggu di tempat yang panas.
Perkara itu turut diakui oleh beberapa netizen yang pernah melalui persimpangan lampu isyarat di Bukit Jelutong itu. Bagi yang tidak biasa melalui jalan itu sememangnya akan menunggu di tempat panas seperti mana yang dilakukan oleh lelaki itu.
Walau bagaimanapun video itu ternyata menghiburkan netizen kerana bagi mereka jarang sekali dapat dilihat kereta menunggu di tempat redup memandangkan perkara itu kebiasaannya dilakukan oleh penunggang motorsikal sahaja.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: klmenjeritvideo, keramat viral
via Sinar Viral Network
0 Comments