Jurugambar bikin gempak hasilkan foto ‘cahaya’ Jalur Gemilang, silap langkah boleh ters4dung! – “Tahun ni tak lepak gerai nasi lemak Kampung Baru”

WOW! Jalur Gemilang ‘bersinar’ di hadapan bangunan ikonik negara, Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur.

Begitulah pen4ngan rakaman lensa kamera seorang jurugambar yang dikongsi di laman Instagram HeartPatrick sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos.

Siapa sangka di sebalik pembikinan foto tersebut, ia sebenarnya merupakan alunan cahaya Jalur Gemilang, sekali gus menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.

Foto ‘Jalur Gemilang’ yang dirakamkan di Kampung Baru, pada 2020.

Jurugambar berkenaan, Teow Koon Meng berkata, fotografi tersebut berkonsepkan light painting yang juga teknik pengimejan menggunakan pergerakan sumber cahaya.

Lebih dikenali sebagai Patrick, katanya, teknik tersebut yang dibuat baru-baru ini adalah sama yang digunakannya ketika rakaman fotografi Jalur Gemilang di Kampung Baru di ibu negara untuk menghidupkan suasana sambutan kemerdekaan negara ke-63, Ogos tahun lalu.

“Foto ini melambangkan bagaimana rakyat Malaysia dapat merayakan Hari Kebangsaan dengan cara istimewa tersendiri berikutan p4ndem1k yang belum reda.

“Saya memilih untuk ‘melakar’ jalur gemilang sekali lagi bagi menunjukkan walaupun kita masih belum dapat mengadakan acara dan perjumpaan beramai-ramai, ia bukan halangan untuk menzahirkan betapa saya cintakan negara,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Jurugambar berpengalaman lebih 12 tahun itu memilih KLCC kerana ia struktur moden paling dikenali di Malaysia dan bersesuaian dengan teknik fotografi light painting yang digunakan.

Patrick berdepan cab4ran ketika membuat rakaman dengan berjalan pantas menuruni tangga, sambil memegang batang lampu atau light stick yang mengandungi kad SD yang dimuat naik imej Jalur Gemilang.

“Tidak seperti fotografi sebelum ini di Kampung Baru yang dilakukan di atas jalan yang rata, lokasi kali ini melibatkan beberapa anak tangga di hujung air pancvt di hadapan KLCC.

“Pergerakan pantas semasa penggambaran jauh lebih menc4bar. Saya harus memastikan saya tidak ters4ndung dan j4tuh ketika bergerak cepat untuk ‘melakar’ Jalur Gemilang,” katanya yang melakukan persediaan dan latihan, sekitar pvkul 7 malam.

jalur gemilang klcc 5

Sesi rakaman fotografi di hadapan KLCC.

Tambahnya, sesi fotografi itu mengambil masa kira-kira 30 minit.

Menurut jurugambar kelahiran Kuala Lumpur itu, sesi fotografi tersebut juga secara tidak langsung mengubat kerinduannya terhadap sambutan Hari Kebangsaan sebelum p4ndem1k.

“Saya rindu percikan bunga api, dan pergi ke Dataran Merdeka bersama rakan-rakan untuk menyaksikan acara perbarisan secara langsung. Malangnya, p4ndem1k yang berlaku membuat kita semua perlu berhati-hati di khayalak ramai.

Pergerakan pantas semasa penggambaran jauh lebih menc4bar. Saya harus memastikan saya tidak ters4ndung dan j4tuh ketika bergerak cepat untuk ‘melakar’ Jalur Gemilang

PATRICK

“Seperti lokasi fotografi di KLCC, walaupun ia merupakan tumpuan pelancong yang sangat popular tetapi ia leng4ng disebabkan w4bak yang mel4nda negara.

“Walaupun ada orang awam yang berasa ingin tahu dengan apa yang kami lakukan, namun terp4ksa melihatnya dari jauh bagi mengikut penjarakkan fizikal,” katanya.

jalur gemilang klcc 2

Patrick berpengalaman sebagai jurugambar lebih 12 tahun.

Jika tahun lalu Patrick bersama rakan menikm4ti nasi lemak di sebuah gerai di Kampung Baru selepas sesi fotografi Jalur Gemilang, namun ia tidak berlaku pada tahun ini meskipun kini individu yang sudah lengkap v4ksin4si dibenarkan ‘dine-in’ atau makan di restoran.

“Mal4ngnya, rakan saya masih belum terima d0s kedua v4ks1n. Hanya saya yang sudah lengkap div4ks1n. Dia terus balik rumah selepas fotografi dan saya hanya bungkus makanan dan makan di rumah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...