BAKAL menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64 pada Selasa, ramai yang berkongsi video atau foto yang mencerminkan tema patriotik di media sosial.
Namun video yang dimuat naik di TikTok oleh wanita ini begitu ‘rare’ dan kreatif sehingga mengundang pujian netizen.
Video tersebut memaparkan wanita itu muncul secara tiba-tiba dan ‘terbang’ ala Superman di sebelah tingkap kereta yang dipandu suaminya, sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Sehingga kini video berkenaan yang menggunakan lagu latar belakang Saya Anak Malaysia, meraih lebih 350,000 jumlah tontonan.
Berkongsi cerita dengan mStar, Haryati Ahmad berkata idea untuk menghasilkan video berkenaan muncul secara spontan selepas dia terlihat satu iklan pertandingan sempena kemerdekaan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.
“Saya, suami dan anak-anak memang suka buat content untuk TikTok. Mereka memang sporting kalau ajak buat video. Kebetulan terperasan ada iklan Pertandingan Ilham Merdeka TikTok Challenge sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Video:
@yattahmad23 Saaaaaaaaya anak Malaysia!!! #MalaysiaPrihatin #malaysiaprihatin #malaysiaprihatin2021 #fypdongggggggg @japentv
“Saya fikir tak salah kalau nak mencuba, lagipun memang selalu dah buat video TikTok. Jadi Jumaat baru-baru ini selepas saya dan suami selesai buat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebab kami dua-dua guru, baru shoot video ni.
“Suami parkir kereta di kawasan lapang sikit, dan lima anak kami semua main peranan. Yang sulung jadi tukang rakam, yang lain jadi orang belakang tabir untuk handle props seperti pokok dan lain-lain.
“Walaupun banyak kali ‘take’, tapi sebab ini adalah video kedua yang memaparkan saya ‘terbang’ jadi sedikit sebanyak masing-masing dah tahu peranan sendiri jadi ia melancarkan lagi proses shooting,” ujarnya yang merupakan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah.
Menurut Haryati, suami dan anak-anaknya sporting dan senang memberikan kerjasama apabila mahu merekod video TikTok.
Menurut Haryati, walaupun hasil video berkenaan nampak gempak dan seolah-olah ‘real’ seperti dia sedang terbang, namun realitinya pelbagai ‘dvgaan’ yang terpaksa ditempuhi mereka tujuh beranak.
“Bila nak buat video, kita kena pastikan mood anak-anak dalam keadaan ceria dan happy. Nak dijadikan cerita, ada beberapa kali kena ‘take’ dan anak mula mervngut panas… yang bongsu pun dah nak mer4gam.
“Tapi banyak juga part yang lucu. Anak yang jaga props ‘pokok’ tu tersilap gerakkan dahan seolah-olah memperlihatkan kereta bergerak mengundur… itu yang kena rekod semula.
Sebenarnya efek terbang tu main peranan. Bila kongsi video belakang tabir, ramai yang kagum.
HARYATI AHMAD
“Saya suruh suami heny4k-heny4k sikit badannya nak bagi nampak real dia sedang memandu di jalan raya. Mujur badannya ‘comel’ jadi senang sikit nak goyangkan kereta.
“Anak yang berdiri di atas bumbung pula sipi-sipi je pijak sebab walid dia (suami) bagi ‘w4rning’ jangan bagi kemek. Tapi Alhamdulillah, ambil masa sekitar 15 minit saja dah siap shooting. Rekod ambil masa 15 minit untuk 15 saat video… the struggle is real,” ujarnya berseloroh.
Menurut guru yang menetap di Bandar Puncak Alam, Selangor ini dia sama seklai tidak menyangka perkongsiannya mengundang perhatian ramai.
“Ramai yang komen macam mana nak bagi nampak real seperti betul-betul terbang? Ada yang teka guna ‘tow truck’. Tapi sebenarnya efek terbang tu main peranan. Bila kongsi video belakang tabir, ramai yang kagum.
Video ‘terbang’ pertama yang dihasilkan keluarga Haryati meraih 2.2 juta jumlah tontonan.
“Tapi ada juga komen daripada netizen Indonesia d4kwa saya t1ru video dari negara mereka yang dah viral. Saya tak kata pun idea asalnya daripada saya sendiri, awal-awal lagi dah tulis ‘versi Malaysia’. Biasalah… tapi saya ab4ikan saja komen seperti itu.
“Tujuan buat video ni pun suka-suka. Kalau ada rezeki menang, Alhamdulillah. Lagipun bagus ajak anak-anak buat aktiviti… tidaklah mereka terp3rap sahaja sepanjang masa di rumah,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, mStar pernah menemu bual Haryati mengenai kisah pemergian pembantu rumahnya yang turut menjadi perhatian, sekitar Julai lalu.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments