Sejak Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai secara rasmi pada 23 Julai lepas, tumpuan masyarakat seluruh dunia kini beralih ke temasya sukan terbesar dunia tersebut. Selain menyokong dan menyaksikan kemampuan atlet kebanggaan negara masing-masing, tidak dinafikan penganjuran sukan dunia ini juga mampu melonjakkan populariti seseorang atlet. Apatah lagi, jika mereka dikurniakan rupa paras menarik persis seorang ratu!
Salah seorang atlet yang mencvri tumpuan dunia dan hangat diperkatakan ketika ini ialah atlet jelita dari Turki iaitu Zehra Gunes. Baru berusia 22 tahun, Gunes dilahirkan di Kartal, Istanbul pada 7 Julai 1999 dan merupakan atlet wanita Turki dalam sukan bola tampar.
Dia bukan hanya menjadi perhatian peminat sukan kerana bakat dan kemahiran sebagai pemain bola tampar. Bahkan Gunes memiliki pakej lengkap ratu cantik.
Mana tidaknya, dengan ketinggian 197 sentimeter dan wajah jelita yang tak jemu mata memandang membuatkan Gunes meraih perhatian luar biasa. Lebih-lebih lagi sejak pasukan bola tampar wanita Turki menang menentang pasukan Ch1na dalam Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
Sekaligus ramai peminat sukan bola tampar mahu mengenali ahli pasukan bola tampar wanita Turki.
Gunes yang sentiasa kelihatan ceria, komited dan mudah tersenyum ini menyandang posisi pemain tengah pasukan atau dikenali sebagai middle blocker. Menurut portal Vakifbank Spor Kulubu, Gunes mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.
View this post on Instagram
Pada awal pembabitannya sebagai atlet, Gunes pernah bermain untuk Istanbul Buyuksehir Belediyesi bagi satu musim, menyertai pasukan Besiktas pada tahun 2016-2017, mewakili VakifBank Istanbul dan kini menjadi ahli pasukan kebangsaan negara kelahirannya.
Tidak bersandar kepada kecantikan semata-mata, Gunes menikm4ti kejuaraan seawal usia 18 tahun. Biarpun bermain secara berkumpulan, bakat dan potensi atlet cantik ini mendapat pengiktirafan apabila dia mencatat pencapaian peribadi membanggakan apabila meraih The Best Middle Blocker dalam 2015 European Championship bawah 18 tahun, The Best Middle Blocker 2017 World Championship bawah 20 tahun, Anugerah Khas 2018 Turkish League dan The Best Middle Bl0cker pada 2019 FIVB Club World Championship. Bukan calang-calang!
Sementara itu, memetik laporan Women Volleybox pula Gunes pernah menyertai Festival Olimpik Musim Panas Atlet Belia Eropah 2015 yang diadakan di Georgina. Pasukannya turut memenangi Kejohanan Dunia bawah 23 tahun di Slovenia pada tahun 2017.
Pada Januari 2017, dia ditawarkan menjadi anggota pasukan bola tampar wanita Turki dan diserap masuk pada Mac 2018. Di samping berjaya mendapat tempat dalam pasukan bola tampar wanita kebangsaan, Gunes dan pasukannya memenangi pingat perak di 2018 FIVB League of Nations dan 2018 Women’s European Championship.
Difahamkan pasukan bola tampar wanita Turki menjadi pasukan pertama yang layak masuk Olimpik Tokyo 2020.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Nona
via Sinar Viral Network
0 Comments