MCA, DAP senada bela pekebun haram di Raub?
Tidak kira sama ada berada di pihak kerajaan atau pembangkang, MCA serta DAP dilihat senada dalam isu penceroboh kebun haram durian Musang King di Raub, Pahang.
Isu itu menampakkan ADUN DAP bersungguh-sungguh mempertahankan pekebun haram meskipun umum mengetahui mereka menengking penguat kuasa menjalankan operasi memusnahkan tanaman di hutan simpan kerajaan negeri Pahang.
Tidak cukup itu, parti yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Pusat – MCA – pula mendakwa akan membantu kumpulan pekebun haram yang kononnya terjejas dengan tindakan kerajaan negeri Pahang menjalankan operasi memusnahkan pokok durian di Hutan Simpan Batu Talam.
Lantaran itu, Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Haji Zamani Ibrahim berpandangan, bahawa jelas DAP dan MCA senada dalam isu penceroboh tanah di Raub.
“Mula-mula DAP kocak dan gegar setelah dah tak berhasil, MCA pula bersuara membela penceroboh. Nampak tak mereka bersatu walaupun parti berbeza. DAP sebagai pembangkang main peranan dulu, cabar kerajaan, penguat kuasa daerah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kerajaan Pahang bertegas, MCA pula main peranan. Maklumlah dalam kerajaan pun mesti berperanan demi bangsa mereka biarpun penceroboh.
“Nampak tak? Dari luar kerajaan mereka kocak dan dari dalam kerajaan pun mereka berbunyi, yang penting untuk keuntungan bangsa,” dakwanya dalam kenyataan di Facebook.
Dalam pada itu, Ustaz Zamani tidak menolak kemungkinan antara sebab ahli parti itu mahu menjadi wakil rakyat kerana mahu memberi keuntungan kepada bangsa mereka.
“Kenapa mereka nak jadi YB? Inilah, untuk menguntungkan bangsa apabila ada kuasa. Mereka berpolitik untuk mengangkat bangsa mereka.
“Bukti? Keceluparan Dong Zong, ada mereka bising? Dong Zong tolak tulisan Jawi sebagai satu bentuk tulisan bahasa kebangsaan, ada mereka bising? Ruang udara kita diceroboh oleh ketenteraan China, ada dia bising. Ucap tahniah pada parti komunis adalah,” katanya. - ismaweb.net
Politik Melayu Senada Untuk Tidak Bersatu Walaupun Demi Bangsa Dan Ugama....
0 Comments