Niat Asal Mahu Curi Telefon Bimbit, Tetapi Tergoda Lihat Isteri Orang

JAKARTA: Seorang lelaki yang asalnya ingin mencuri telefon bimbit terpaksa menukar niatnya apabila tergoda melihat seorang wanita yang hanya mengenakan sehelai kain di badannya.

Lapor Tribunnews, lelaki itu cuba mencabul isteri rakannya ketika memasuki bilik mangsa tanpa sehelai pakaian serta membawa parang.

Suspek dikenali sebagai Heslan Syahputram 36, kini ditahan di sel sementara Balai Polis Tanjungbalai.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Polis Tanjungbalai, Ahmad Dahlan Panjaitan, kejadian berlaku Isnin lalu ketika suspek mahu mencuri telefon bimbit yang terletak dalam bilik mangsa.

“Namun, ketika memasuki bilik, mangsa hanya mengenakan sehelai kain untuk menutupi dirinya.

“Akibat tergiur melihat tubuh wanita itu, Heslan berlaki ke bilik mandi dan bersembunyi di dalamnya sambil menanggalkan pakaiannya.

“Setelah melihat tubuh mangsa, pelaku menjadi ghairah dan terus ke bilik mandi untuk membuka pakaiannya sampai telanjang bulat,” katanya.

Ahmad Dahlan berkata, dalam keadaan telanjang bulat, pelaku memasuki bilik mangsa dengan membawa sebilah parang dan menghunus ke arah mangsa.

Semasa kejadian, suami mangsa tiada di rumah dan meminta wanita itu mematikan lampu bilik itu.

Namun, hasrat lelaki itu tidak kesampaian apabila wanita itu berlari keluar dari bilik tersebut dan menjerit meminta pertolongan.

Disebabkan itu, Heslan lari lintang pukang dalam keadaan berbogel sebelum berjaya ditangkap. - UTUSAN
Niat Asal Mahu Curi Telefon Bimbit, Tetapi Tergoda Lihat Isteri Orang

Post a Comment

0 Comments

loading...