'You mau pilih Allah atau mau pilih saya?' - Suspek utama rupanya tauke judi online

'You mau pilih Allah atau mau pilih saya?' - Suspek utama rupanya tauke judi online


Tindakan ahli perniagaan yang juga suspek utama membelasah dua pengawal peribadinya sehingga mengalami kecederaan baru-baru ini hanya kerana mereka berpuasa, mengundang padah apabila aktiviti haramnya terbongkar. 


Lapor Harian Metro, ketika polis melakukan serbuan ke rumah suspek di Bukit Tinggi, polis menemui sejumlah wang tunai dan jongkong emas bernilai hampir RM30 juta. 


Polis percaya, suspek menjalankan aktiviti perjudian secara online dan disyaki sebagai dalang kepada sindiket yang menjalankan aktiviti itu semenjak lima tahun lalu di beberapa lokasi antaranya di Perak, Kuala Lumpur dan Pahang. 


Selain itu, suspek menjalankan kegiatan nombor ekor tidak berlesen dan mengupah pengawal peribadi untuk melindunginya daripada musuh perniagaan. 


Suspek dan tiga lagi yang lain telah direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan. 



Sementara itu, mangsa kejadian turut tampil meceritakan semula apa yang berlaku pada malam kejadian. 


"Kami dijadikan seperti 'show. Dia siap cakap you mahu pilih Allah ke mahu pilih saya? Individu yang memukul saya itu seorang saja, iaitu bos. Yang membuatkan ramai itu apabila kami dijadikan sebagai show. 


"Dia beritahu jika dia membuang kami berdua, adakah Allah boleh tolong saya. Dia tanya duit yang diterima itu adakah dari Allah atau dari dia," katanya. 


Sumber: Harian Metro



Sumber: 'You mau pilih Allah atau mau pilih saya?' - Suspek utama rupanya tauke judi online

Post a Comment

0 Comments

loading...