(Video) 'Aku hilang sabar dengan kamu ni!' - Remaja dibelasah kerana dipercayai cuba merampas awek rakannya sendiri

(Video) 'Aku hilang sabar dengan kamu ni!' - Remaja dibelasah kerana dipercayai cuba merampas awek rakannya sendiri


Viral lagi di media sosial video seorang lelaki dibelasah sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengannya kerana mangsa didakwa merampas kekasih rakannya sendiri. 


Kejadian itu berlaku di Batu Gajah, Perak dan kesemua suspek termasuk mangsa dipercayai berusia 15 tahun. 


"Kes buli dan pukul budak beramai-ramai. Dengar cerita, pasal perempuan je," kata sumber. 


Jelas sumber lagi, mangsa berkemungkin tidak mengetahui bawah perempuan yang dibawanya ke sana ke sini itu sudah berpunya. 


Hal itu diketahui oleh suspek yang merupakan rakan kepada kekasih perempuan berkenaan lalu bertindak mengepung dan memukul mangsa beramai-ramai. 


Berdasarkan video berdurasi 7 minit 39 saat itu, mangsa dipukul di bahagian kepala, belakang badan, muka, kaki berkali-kali oleh kumpulan berkenaan. 


Suspek: "Aku hilang sabar dengan kamu ni!"


Perempuan: "Dia tak salah lah!" 


Suspek: "Kamu diam! Jangan masuk campur!" 


Suspek: "Dengan member sendiri kamu nak tikam belakang eh? Bodoh betul! Lain kali jangan bawa awek orang. Tau sakit kan? Masalah betul kamu ni. Kamu tak boleh lepak dengan kitorang, pantang ada awek, semua kau nak bawa (jalan). Pan-tart mu." 


Suspek kemudian meminta mangsa turun dari motosikalnya untuk berbincang. Tetapi mangsa enggan berbuat demikian kerana tidak mahu bergaduh dengan mereka. Suspek terpaling garang dalam kumpulan itu bengang dan menegaskan mangsa menimbulkan hal yang membabitkan orang lain. 


Suspek: "Memanglah tak nak gaduh, tapi masalahnya kau melibatkan orang lain!"


Suspek terpaling garang: "Tak, sekarang ni kau pergi ambik parang dan kerat jari dia." 


Dalam video juga menunjukkan ada beberapa suspek tidak berpuasa dan selamba meneguk air botol biarpun tahu rakannya membuat rakaman video. 


Suspek: "Kamu tahu tak Ammar bersusah payah mencari top up untuk kamu. Nak bagi kamu (duit) beli baju. Kamu tak hargai dia"


Suspek: "Nak aku kerat kepala kamu ke?? Lain kali jangan tikam member sendiri. Kamu hisap, kami ajak kamu lepak, kami bagi muka lagi." 



Netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekumpulan remaja terbabit yang jelas sekali melakukan kekerasan terhadap mangsa, selain melanggar SOP dan tiada penjarakan fizikal. 


Sumber: Pemantau Malaysia Baru



Sumber: (Video) 'Aku hilang sabar dengan kamu ni!' - Remaja dibelasah kerana dipercayai cuba merampas awek rakannya sendiri

Post a Comment

0 Comments

loading...