Unit Siasatan Jenayah (USJ) Polis Bandung, Indonesia menahan seorang guru agama kerana melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap enam pelajarnya.
Suspek berusia 44 tahun itu adalah guru agama dan penjaga rumah ibadat didakwa melakuka perbuatan tidak bermoral terhadap enam remaja bawah umur dengan menawarkan ganjaran RP3,000 (RM0.85).
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bandung, Adanan Mangopang berkata, semua mangsa merupakan pelajar perempuan berusia antara lima hingga 10 tahun.
Kesemuanya adalah pelajar kepada suspek yang dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu selama empat bulan. Kes itu terbongkar selepas ibu bapa mengetahui perbuatan suspek lalu membuat laporan polis.
"Motifnya, suspek hanya mahu memuaskan nafsunya," kata Adanan.
Akibat dari perbuatannya itu, guru agama terbabit bakal didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara selama tiga hingga lima tahun. - Agensi
Sumber: 'Suspek hanya nak puaskan nafsu' - Guru Agama ditahan polis kerana lakukan perbuatan tidak bermoral terhadap 6 pelajarnya
0 Comments