Negara Ada Undang-Undang, Apa Lagi Yang Ultra Kiasu Mahukan

Nisbah kuil dengan masjid, surau sangat jauh bezanya
TERUJA saya dengan ucapan dasar pemimpin MIC dalam Perhimpunan Agung Tahunan ke-74 dua hari lepas. Antara lain, beliau berkata kuil-kuil baru perlu dibina di tapak yang telah diluluskan bagi mengelakkan risiko perobohon akibat pertikaian status tanah. Jika penganut Hindu tidak mengikut prosedur yang akhirnya membawa kepada perobohan kuil, maka mereka menghina dewa mereka sendiri.

Inilah ucapan yang kita nanti-nantikan selama ini.

Pembinaan rumah ibadat atau kuil tidak boleh dibuat dengan sesuka hati. Negara ada undang-undang, kena ikut peraturan, perlu ada kelulusan. Bukan main pacak sahaja. Nak bina surau masjid pun tidak boleh main pacak sahaja.

Namun, kenyataan ini dikecam hebat oleh pemimpin ultra kiasu Pulau Pinang. Ia tidak mencerminkan hakikat dan persoalan berhubung perobohan kuil Hindu di negara ini sejak beberapa dekad lalu.

Ultra kiasu ini hanya nampak yang dirobohkan sahaja. Lambakan kuil dan gantian baharu yang disediakan tidak pula dibangkitkan.

Bagaimana ultra kiasu ini boleh dilantik sebagai pemimpin negeri Pulau Pinang.

Ultra kiasu ini berkata lagi, pembinaan rumah ibadat bukan Islam telah dihadkan selama ini. Jika pembangunan kuil mendapat akses tanah yang saksama, maka persoalan tentang tanah haram tidak akan timbul.

Justeru, ultra kiasu ini mahukan pemimpin MIC menarik balik kenyataan yang dibuatnya.

Lihatlah betapa ultra kiasunya mereka. Tak cukup? Pembinaan dihadkan? Tidak saksama?

Saya fikir, kuil-kuil yang ada sudah lebih daripada mencukupi. Kesaksamaan apa yang dituntut lagi? Keadilan itu bukan saksama, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Jika kesaksamaan yang dituntut. Sepatutnya masjid surau mesti setara dengan ratusan ribu kuil Hindu. Lagi pun ini negara majoriti Islam.

Tetapi masjid surau hanya ada sekitar 30,000 sahaja di seluruh negara. Kenapa ultra kiasu tidak perjuangkan kesaksamaan masjid surau supaya supaya bilangannya sama seperti kuil Hindu?

Saya nasihatkan ultra kiasu Hindu ini, pergi kira bilangan kuil Hindu yang ada di negara ini berbanding dengan bilangan penganutnya yang begitu sedikit. Dalam lingkungan 1.3 juta orang.

Pergi kira berapa banyak kuil Hindu di Sentul dalam skala besar. Sedangkan penganutnya tidak seramai mana.

Tidak jauh dari situ, pergi lihat di tepi-tepi jalan di Kuala Lumur, termasuk Lembah Pantai, Mid Valley, tengah-tengah bandaraya, yang tiba-tiba timbul tombolnya.

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Negara Ada Undang-Undang, Apa Lagi Yang Ultra Kiasu Mahukan

Post a Comment

0 Comments

loading...