'Kentut saya boleh menyembuhkan pelbagai penyakit' - Paderi Afrika Selatan dakwa kentutnya mujarab

'Kentut saya boleh menyembuhkan pelbagai penyakit' - Paderi Afrika Selatan dakwa kentutnya mujarab


Seorang paderi di Limpopo, Afrika Selatan mendakwa bau kentutnya sangat mujarab dan mampu menyelesaikan pelbagai jenis penyakit. 


Portal Cape Town melaporkan, Christ Penelope, berasal dari Bandar Siyandani  mendakwa kentutnya bukan sekadar kentut semata-mata, tetapi menunjukkan kekuasaan Tuhan yang mampu melakukan mukjizat.  


Menurut Christ, dia perlu kentut pada posisi yang tepat agar 'gas penyembuhan' itu dapat masuk ke dalam badan pesakit melalui hidung dan seterusnya memberikan kesan pemulihan. 


Pada ketika ritual sedang dijalankan, individu yang datang mendapatkan khidmatnya akan ditidurkan terlebih dahulu. Sebaik saja dibangunkan, mereka tidak akan merasa apa-apa dan ritual itu katanya telah membantu menyembuhkan orang ramai yang sakit. 


Gambar Christ duduk di atas kepala salah seorang pengikutnya juga viral di media sosial. Bagaimanapun, gambar itu kemudian dipadamkan dari Facebook SevenFold Holy Spirit Ministries. 


Menjawab dakwaan itu, Chirst menegaskan dia bukan melepaskan gas kentut pada orang. Sebaliknya dia berbuat demikian untuk menyembuhkan orang awam yang memerlukan perkhidmatannya. 


"Bukan hanya kentut semata-mata, saya sembuhkan mereka," katanya. 


Beberapa paderi lain mula mengeluarkan bantahan terhadap Christ yang menganggap perbuatan lelaki itu sudah jelas itu mencemarkan imej gereja dan bertentangan dengan ajaran agama. 


"Gereja adalah tempat yang suci. Perbuatan ini bertentangan dengan kepercayaan kami," kata wakil gereja. 


Malangnya, ramai penduduk tempatan yang masih percaya pada Christ dan sanggup beratur lama menunggu giliran untuk dirawat. Ada yang sanggup menunggunya selama dua bulan untuk berjumpa dengan Christ semata-mata mahu mendapatkan rawatannya. 


Sumber: Harian Metro, World of Buzz



Sumber: 'Kentut saya boleh menyembuhkan pelbagai penyakit' - Paderi Afrika Selatan dakwa kentutnya mujarab

Post a Comment

0 Comments

loading...