'Dulu saya lagi teruk saya dihentam rasanya' - Neelofa mohon maaf atas kesilapan langgar SOP, mahu positif & move on

'Dulu saya lagi teruk saya dihentam rasanya' - Neelofa mohon maaf atas kesilapan langgar SOP, mahu positif & move on


Setelah dikecam banyak pihak, pengacara Neelofa, 32, tampil memohon maaf kerana tidak menjaga sensitiviti umum berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika melakukan lawatan kerja di Pulau Langkawi, baru-baru ini. 


Neelofa dan suaminya, Haris Ismail, sedar bahawa dia dan suami sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada orang ramai. Oleh itu, Neelofa mengakui dia dan suami bersedia menerima sebarang tindakan dari pihak berkuasa sekiranya didapati bersalah. 


"Saya serendah dan seikhlas hati memohon maaf dengan segala kesalahan berhubung SOP, tidak kiralah dalam pengetahuan ataupun tidak. 


"Saya serta suami mengakui dan menerima dengan hati terbuka untuk segala keputusan serta tindakan pihak berkuasa. 


"Sekali lagi saya memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini, ada banyak perkara terlepas pandang dan sepatutnya memberi contoh lebih baik mengenai hal itu," katanya. 



Dalam kenyataan terbarunya hari ini, Neelofa mengata dia tidak pernah terfikir untuk mengundur diri dari industri hiburan hanya kerana dikecam dan dikritik oleh netizen sepanjang masa. 


Bagi Neelofa, dia memilih untuk sentiasa positif dan terus bergerak ke depan. Ini kerana pengalaman yang lalu telah banyak mengajarnya dan kini dia sudah lali dengan semua itu.


"Saya positif saja, semua orang tahu saya akan sentiasa bergerak ke depan dan tak terkesan dengan apa yang orang cakap. Dulu lagi teruk saya dihentam rasanya. Dari tahun 2011 macam-macam kena. Apa saja yang orang tak kata pada saya? 


"Mengenai apa yang berlaku sebelum ini (pelanggaran SOP), cukuplah. Saya tak mahu komen dah sebab encik suami pun dah pesan, jangan panjang-panjangkan isu lagi," katanya. 


Sumber: Kosmo! Utusan Malaysia



Sumber: 'Dulu saya lagi teruk saya dihentam rasanya' - Neelofa mohon maaf atas kesilapan langgar SOP, mahu positif & move on

Post a Comment

0 Comments

loading...