Zizan Komen Foto Mant0p Janna Nick, Sekali Janna Nick Balas Balik

LAMAN sosial menjadi pilihan untuk semua golongan tidak kira usia mencari kenalan baharu, berkomunikasi dengan rakan dan berkongsi foto serta video aktiviti harian.

Biarpun ia sesuatu yang baik namun pelakon dan pengacara Janna Nick menganggap media sosial itu juga memberi impak yang negatif terhadap kehidupan seseorang.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 25, seseorang itu juga akan mula membuat perbandingan disebabkan terlalu memerhatikan perkongsian orang lain di platfrom tersebut.

Janna berkongsi perkara itu laman Instagram miliknya.

“Media sosial ini yang toksik sebenarnya… kau scroll IG, duk tengok kehidupan orang. Lepas itu insecure sendiri. Mulalah bandingkan kehidupan kau dengan orang itu.

“Mulalah bandingkan kejayaan orang itu dengan setakat apa yang kau mampu capai. Paling teruk bila hilang rasa bersyukur kau itu,” kata Janna menerusi laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen di ruang komen perkongsian tersebut turut bersetuju dengan pandangan Janna mengenai keburukan laman sosial di masa kini.

 

Tapi siapa yang nak upload cerita dvka? Siapa yang nak kongsi kisah lvka?

JANNA NICK

PELAKON

Malah rakan selebriti seperti Eyka Farhana, Idzham Ismail, Nazrief Nazri, Ramona Zam Zam, Fadlan Hazim dan Alvin Chong juga bersetuju dengan pendapat itu.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Bukan Cinta Aku ini turut berkata, kebanyakan apa yang dikongsikan di laman sosial sekadar permainan dunia saja.

Kata Janna, tiada siapa yang mahu memuat naik perkara yang sedih atau berkongsi cerita dvka kepada umum dan turut menasihati pengikutnya agar bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang.

Janna turut menganggap tiada orang akan kongsi kisah duka di laman sosial.

“Kau ingat semua yang orang tayang itu, betul-betul berjaya? betul-betul bahagia? betul-betul kaya? Ini semua permainan dunia. Bukan nak kata semua itu dusta semata.

“Tapi siapa yang nak upload cerita dvka? Siapa yang nak kongsi kisah luka? Dah… dah, jangan fikir negatif. Jangan rasa diri kau itu kecil.

“Bersyukur saja dengan apa yang kau dah ada #JNbermadah,” ujarnya.

Terbaru Janna Nick Belanja Gambar Di Instagram Tarik Perhatian Ramai

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

absence of noise @anantaradesaru 🖤

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Sekali Zizan pun komen

Janna Nick Balas Balik

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : Mstar, Instagram Janna Nick, Mediaviral.bbn.my



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...