Pelik Gadis ini tertidur di RNR tetapi terbangun selepas 3bulan. Pengalaman hitam apabila p3ngsan di dalam kereta dan akhirnya tidak sedarkan diri selama 3 bulan yang bermula pada pertengahan 2014 nyata telah mengubah kehidupan seorang gadis baru berusia 24 tahun…
Ummu Diyana Ibrahim yang kini mampu menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. Pelajar itu mengakui apa yang berlaku benar-benar menguji kekuatan m3ntal dan fizikalnya dan peluang kedua yang diberikan Allah itu akan dimanfaatkan demi diri, keluarga dan masa depannya…
Katanya, menceritakan pengalaman hitam itu, ia bermula ketika beliau dalam perjalanan pulang ke kampungnya di sini dari Behrang, Perak. “Dalam perjalanan, saya rasa macam nak mvntah, tak sedap badan. Jadi, ambil keputusan untuk berhenti berehat sekejap di Rawat dan Rehat (RNR) Bukit Gantang.
“Benda yang terakhir saya ingat, saya biarkan enjin dan penghawa dingin terbuka kerana mahu terlelap sekejap,” katanya. Bekas pelajar Politeknik Behrang itu langsung tidak menyangka hanya akan “terbangun” semula selepas lebih 3 bulan. Pada saat itu juga, bermulalah perjuangannya
untuk kembali sedar sepanjang terlantar di h0spital Taiping sebelum dipindahkan ke h0spital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas disahkan mengalami kekurangan oksigen dan lebih karbon monoksida. “Sepanjang saya tidak sedarkan diri, saya memang dengar dan nampak apa saja yang berlaku.
Cuma saya tidak dapat memberi tindak balas. Seluruh tubuh saya terkunci,” kata anak bongsu 6 beradik itu. Doktor kemudiannya mengambil keputusan mahu melakukan intubasi di lehernya namun pihak keluarga meminta menangguhkan prosedur tersebut kerana memikirkan implikasi yang bakal dihadapi pelajar itu.
Ummu Diyana hanya kembali sedar pada hari terakhir tarikh penangguhan yang diberikan doktor.“Sehingga hari terakhir yang diberikan doktor, saya masih belum memberi tindak balas yang sepatutnya. Ibu bapa saya tidak berputus asa dengan tidak henti-henti bercakap dengan saya,
minta saya kelipkan mata, menangis atau menggenggam tangan mereka kalau saya sedar. “Entah macam mana, saya kuatkan semangat dan lawan `kunci’ yang mengikat diri saya dan akhirnya saya kembali sedar,” katanya. Ummu Diyana berkata doktor memang terkejut memandangkan
selama tempoh dirinya koma, pakar perubatan tidak meletakkan harapan usia dirinya akan panjang terutama selepas melakukan proses imbasan. “Apa tidaknya, ketika saya dijumpai sewaktu p3ngsan, kadar oksigen dalam tubuh saya hanya 20%. Doktor sendiri mengatakan k3s saya sangat ajaib
kerana tiada kerosakan kekal pada otak kecuali keadaan saraf saya sedikit terjejas terutama di bahagian kaki. Suara saya juga hilang buat seketika,” katanya. Katanya, sehingga kini doktor tidak dapat mengenal pasti punca sebenar apa yang berlaku kepada saraf kakinya dan ada yang berpendapat
terdapat saraf yang gagal berhubung dengan otak. “Jadi, ia memerlukan masa untuk rangsangan saraf itu kembali normal. Mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin lebih,” katanya. Biarpun sekarang terpaksa bertongkat dan sesekali dilanda kes4kitan,
ia tidak menghalang Ummu Diyana menjalani kehidupan normal sebagai pelajar tahun pertama di UUM dalam bidang keusahawanan bersama 515 pelajar yang lain bermula pada 6 Februari lepas. Malah, beliau mengakui tidak mengalami tr4uma untuk kembali memandu kereta dan menjelaskan,
sudah pun kembali memandu tanpa masalah selepas disahkan sihat oleh doktor. “Pengalaman ini, nyata mengubah perspektif saya mengenai kehidupan. Ketika koma, kehidupan saya seolah-olah diimbas kembali.“Jadi, saya akan gunakan peluang ini untuk melakukan yang terbaik. Saya mahu berjaya dalam pelajaran dan mahu mengubah kehidupan,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
sumber : apampink/Media Bawang
via Sinar Viral Network
0 Comments