Kuala Lumpur: Pasangan pelakon popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini dalam perancangan untuk membuka pusat tahfiz.
Wawa, 29, berkata, ia satu daripada impiannya dengan suami selepas perancangan membina masjid sebelum ini tercapai.
“Kerja kuat dan cari duit bukan sebab nak mewah di dunia semata-mata, tapi sebab nak bantu orang lain. Nak sedekah dan tolong orang. Kita bukan bantu orang itu saja, tapi dalam masa sama bantu diri kita sendiri untuk kehidupan yang abadi di sana.
View this post on InstagramKalau bergambar berdua begini , mau dibilang apa? #comingsoon #wawabloomingseries
“Semoga sebab perniagaan kecil-kecilan kita mampu membawa kita ke syurga. Alhamdulillah, impian nak bina masjid Allah permudahkan. Insya-Allah, selepas ini nak tubuhkan pusat tahfiz. Lokasi belum ada lagi,” katanya.
Berkongsi mengenai pembinaan masjid yang dirancang di kampung halaman Aeril iaitu di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor, Wawa berkata, ia bakal dimulakan Disember ini.
“Pelan pembangunan, rekaan, kawasan dan sebagainya sudah ada. Insya Allah, proses pembinaan bakal dimulakan dalam bulan Disember ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan kami. Apa yang dicapai ini bukan untuk kami saja, tapi Insya-Allah bermanfaat untuk semua yang sudah menyokong perniagaan kami selama ini,” katanya yang bakal muncul dengan produk baru di bawah jenama Wawa Cosmetics.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: HM
via Sinar Viral Network
0 Comments