Seorang selebriti media sosial ditahan kerana disyaki menjual minyak wangi berjenama antarabangsa tiruan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor hari ini.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata dalam serbuan kira-kira 3 petang, pihaknya merampas lebih 1,000 botol minyak wangi yang dianggarkan bernilai RM150,000.
Untung beribu ringgit
Siasatan awal mendapati sebotol minyak wangi dijual dengan harga serendah RM150 hingga RM200 dan mampu meraih keuntungan sehingga ribuan ringgit setiap bulan. m@ngsa (pembeli) juga turut diberitahu produk tersebut adalah tulen.
KPDNHEP Selangor menyerbu sebuah kondominium di Seri Kembangan milik seorang selebriti media sosial dan merampas sejumlah pewangi berjenama antarabangsa dipercayai tiruan hari ini.KPDNHEP-Laman Rasmi📹 Anasathia
Posted by BERNAMA on Tuesday, October 20, 2020
Guna platform media sosial Instagram & Facebook
Beliau berkata wanita berusia 26 tahun itu yang turut dibantu oleh suaminya telah beroperasi kira-kira setahun dari rumah berkenaan dengan memasarkan barangan berkenaan melalui platform media sosial Instagram dan Facebook.
Semasa serbuan, katanya turut ditemukan slip penghantaran barangan, kotak pembungkusan dan transaksi perbankan.
Ada pembeli luar negara
Katanya, hasil semakan transaksi juga mendapati barangan terbabit bukan sahaja dibeli oleh pembeli tempatan tetapi juga dari Singapura dan Brunei.
Katanya individu berkenaan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis dan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.
Kes disi4sat mengikut Sekyen 102 (1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 kerana menjual atau menawarkan barangan disyaki menggunakan perihal dagangan p4lsu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: mStar/KLM
via Sinar Viral Network
0 Comments