“Kesian Dekat Perempuan Yang Defend Pasal Ni,” – Tiz Zaqyah

Selepas mended@hkan ada menerima gambar-gambar berunsur luc4h di ruangan direct message (DM) Instagram, pelakon, Tiz Zaqyah sekali lagi tampil meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang mempertahankan tindakan terkutvk itu.

Menurut Tiz, ada yang menganggap masalah tersebut berpunca daripada dirinya sendiri yang dikatakan sering berpakaian s3ksi serta menjolok mata.

Kongsinya lagi, tambah menyedihkan, apabila kebanyakkan komen-komen tersebut datangnya daripada kaum hawa sendiri.

“Aku kesian dekat perempuan yang cuba defend pasal hal ni. Kau tengok la mentaliti yang lain tu? Dorang semua ni defend si golongan s3x offenders ni. Elok la.

“Jangan takut defend yourselves pasal benda ni. Kita perempuan, cover each other’s back. Jahanamkan dorang ni semua. Yang kena kita. Badan kita. Perasaan kita. Bukan dorang tu,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama Sarah Sajeeda itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Tiz turut menyeru kepada wanita diluar sana untuk tampil lebih berani bila berhadapan dengan isu ganguan s3ksual ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan oleh Tiz selain turut menzahirkan rasa kecewa terhadap individu yang membela perbuatan terkvtuk itu.

Sumber : Twitter Tiz Zaqyah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: MH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...