NAMA Datuk Seri Anwar Ibrahim memang cukup popular. Bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain sama ada mengenai kisah peribadi beliau atau karier politiknya yang tidak pernah suram dengan cerita-cerita sensasi.
Semalam, tanggal 13 Oktober 2020, nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kembali menduduki tangga pertama orang paling popular di Malaysia.
Beliau membawa cerita yang sangat se- nsitif kerana jika benar jalan ceritanya, Malaysia bakal mendapat kerajaan baharu dengan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Namun begitu, gambar rasmi ketika Anwar mengadap YDP Agong juga mmenjadi perhatian ramai. Seorang aktivis pendidikan, Puan Ainon Mohd berkongsi mengenai tatacara dan adab yang betul bila bergambar dengan orang yang statusnya lebih mulia, lebih tinggi, dan lebih besar:
ADAB-ADAB HALUS DALAM TATABUDAYA TINGGI BALAIRONG SERI
Foto ini menunjukkan mesej-mesej yang mata tajam sahaja boleh nampak dengan jelas.
Ada 2 orang besar dalam foto itu.
Pakaian mereka serupa sahaja. Dengan tengok pakaian kita tidak dapat membezakan siapa yang lebih ‘besar’.
Dengan membaca cara dan gaya mereka berdiri, kita boleh tahu siapa yang lebih tinggi statusnya dan lebih besar pangkatnya.
Foto itu foto rasmi. Cara mereka berdua berdiri itu bukan tidak sengaja. Ia adalah sengaja.
Dengan menganalisis foto itu banyak pelajaran yang kita boleh belajar tentang adab-adab halus dalam tatabudaya tinggi balairong seri.
Apabila kita ambil foto bersama dengan orang yang status dan pangkatnya lebih tinggi dan besar daripada status kita, cara kita berdiri tidak boleh menunjukkan gaya seolah-olah kita ‘lebih besar’ daripada orang besar itu.
Beginilah tatabudaya dan adab balairong seri apabila bergambar dengan orang yang statusnya lebih mulia, lebih tinggi, dan lebih besar:
1. Tidak boleh berdiri terlalu tegak.
2. Tidak boleh menaikkan dan meninggikan bahu.
3. Tidak boleh merenggangkan tangan dari badan.
4. Tidak boleh berdiri rapat.
5. Tidak boleh berdiri di sebelah kanan orang besar itu.
6. Tidak boleh angkat dagu.
Senyum Manis, senyum kelat
Namun begitu, melalui komen dari netizan, ada yang membandingkan riak muka Tuanku bila bergambar dengan pemimpin lain sebelum ini
“Betul puan, cuma ada beza senyum manis dan senyum kelat. Juga riak suka atau marah” tulis seorang pengguna facebook Ibnu Ariff
Agong tak mudah percaya d@kwaan Anwar – Pakar Perlembagaan
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak akan sewenang-wenangnya percaya atau menerima sebarang d@kwaan tanpa usul periksa kerana isu hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, bukanlah perkara remeh.
Susulan itu, d@kwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah memiliki majoriti sokongan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat seperti dimaklumkan kepada Seri Paduka semalam, diyakini akan diperhalusi baginda yang mempunyai prerogatif mengambil apa sahaja tindakan wajar sebelum memutuskan Perdana Menteri tidak lagi mempunyai kepercayaan.
Pengasas Jurisprudens Watan yang juga Profesor Madya, Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata titah baginda supaya Anwar akur dan menghorm@ti proses perundangan bermakna baginda merujuk kepada Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.
“Apabila baginda bertitah perlu mengikut proses perundangan, ini bermakna baginda merujuk Perkara 43(4) bahawa ‘apabila seorang Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.’
“Apabila Tuanku menasihati sedemikian, maknanya Baginda bertindak sesuai dengan kedudukan sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pemelihara Perlembagaan Persekutuan dengan berdiri teguh atas pemerintahan yang adil,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.
Wan Ahmad Fauzi berkata, jelas dalam titah itu, Baginda meletakkan isu keselamatan dan kesihatan rakyat yang dilanda gelombang ketiga COVID-19 sebagai keutamaan berbanding pergelutan politik.
“Dalam keadaan negara dilanda COVID-19, Baginda mempunyai prerogatif untuk meletakkan ketenteraman awam sebagai keutamaan demi melindungi maslahah rakyat selaras sumpah baginda untuk berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.
“Sebelum Baginda membuat keputusan sama ada Perdana Menteri masih mempunyai kepercayaan ahli majoriti Dewan Rakyat atau tidak, Baginda boleh menyampaikan nasihat kepada Ahli Dewan Rakyat untuk menguruskan pertikaian dalam kalangan mereka dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhannya,” katanya.
Beliau berkata, titah baginda menunjukkan kebijaksanaan Seri Paduka yang menolak secara baik d@kwaan Anwar.
“Maknanya, Tuanku bertindak secara bijaksana dan tidak mahu mana-mana pihak memanipulasi kononnya ada majoriti kukuh untuk menubuhkan kerajaan baharu.
“Jika diteliti secara harfiah, Tuanku tidak mahu rakyat bimbang dan bermakna kerajaan sekarang masih mendapat sokongan,” katanya.
Netizan mula membandingkan aiir muka YDP Agong dalam dua gambar ini
Istana Negara tangguh sesi mengadap untuk Mat Sabu, Guan Eng
Dalam perkembangan politik semasa,Sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk dua pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) yang sepatutnya berlangsung pada hari ini dan 21 Okt ditangguhkan.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan pagi ini Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu, hal berkenaan disampaikan pegawai kanan Agong.
Menurut kenyataan itu, sepatutnya Lim dijadual mengadap Agong pada hari ini manakala Mohamad pada minggu depan.
Namun, semalam setiausaha sulit kanan baginda telah memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap tuanku ditangguhkan.
“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” kata Mohamad dan Lim.
Perhatian orang ramai kini tertumpu kepada kemungkinan berlaku perubahan kerajaan dalam masa terdekat selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim menghadap Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara semalam.
Anwar mend@kwa dia kini mendapat sokongan lebih 120 ahli parlimen sekali gus meletakkan Muhyiddin Yassin kini tidak lagi memiliki majoriti di parlimen.
Umum memang mengetahui presiden Bersatu itu memang menguasai majoriti tipis semasa dilantik menjadi perdana menteri ekoran jatuhnya kerajaan PH akhir Feb lalu.
Para pemimpin parti politik pula dijadual mengadap Agong dipercayai ada kaitan dengan perkembangan terkini politik dalam negara.
Apa kata anda?Kongsikan bersama kami
kredit: Ainon Mohd
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber : https://ift.tt/35xeRt7
via Sinar Viral Network
0 Comments