Ribut serta ombak kuat sejak dua hari lalu berikutan fasa peralihan monsun membawa limpahan rezeki.
Lebih² lagi kepada penduduk sekitar pulau ini apabila pelbagai jenis kerang-kerangan seperti siput kabung dan siput paha ayam ditemukan terdampar di Pantai Chenang.
Suasanan di pantai itu bagaikan pesta apabila puluhan penduduk datang bersama-sama ahli keluarga masing-masing.
Mereka membawa bakul, baldi serta plastik untuk mengutip kerang-kerangan berkenaan.
Mohamad Fitri Azizan, 38, dari Ulu Melaka berkata dia mengetahui mengenai aktiviti mengutip siput di Pantai Chenang.
Ini menerusi media sosial dan memutuskan untuk turut serta hari ini bersama-sama keluarganya.
“Hari ini cuti jadi saya bersama isteri datang untuk turut sama mengutip siput di sini sejak 10.30 pagi tadi.
Kami dapat kutip hampir sebaldi,” katanya kepada Bernama.
Menurutnya siput kabung boleh dijadikan juadah seperti cucur.
Selain turut berhasrat untuk memberikan sedikit kepada jiran dan rakan-rakan.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata pihaknya menyedari kejadian tersebut sejak petang Khamis lepas.
“Siput terdampar sepanjang 900 meter berdekatan menara penyelamat pantai APM Daerah Langkawi yang terletak berhampiran sebuah resort lima bintang di Pantai Chenang ini.
Sejak semalam, seawal 8 pagi sudah ramai datang untuk mengutip siput terbabit.
“Anggota penyelamat pantai APM Daerah Langkawi turut memantau keadaan bagi memastikan keselamatan orang ramai,” katanya.
Tinjuan Bernama mendapati petugas syarikat pengurusan sisa pepejal E-Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) turut berada di lokasi tersebut untuk mengutip dan membuang siput yang rosak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber : Siakap Keli
via Sinar Viral Network
0 Comments