“Dia Selalu Bvat Pr4nk, Gel4k T4wanya Serlng Bvatkan 0rang Lain Ber4sa Lvcu” Putera Mateen

Pemergian anakanda Sultan Brunei, Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim pada 10.08 pagi 24 Oktober lalu benar-benar mengejutkan seluruh rakyat Brunei.

Bahkan berita sedih itu turut dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan keluarga diraja itu.

Pelbagai kisah keluhuran budi pekerti Almarhum Putera Azim menjadi topik berita oleh para media di Malaysia yang mencvri perhatian warganet.

Dalam pada itu, menjengah akaun Instagram milik Pengiran Muda Abdul Mateen, ribuan ucapan takziah juga dikirimkan menerusi ruangan komen.

Bagaimanpun selama empat hari, belum ada apa-apa perkongsian dari anakanda Sultan Hassanal Bolkiah yang lebih dikenali sebagai Putera Mateen itu berkenaan pemergian kekandanya.

Sehinggalah hari ini Putera Mateen berkongsi sesuatu di Instagramnya.

Dalam hantaran itu, Putera Mateen telah mended@hkan punca sebenar kemangkatan abangnya, arw4h Pengiran Muda Haji Abdul Azim yang telah pergi mengadap ilahi pada 24 Oktober lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Pengiran Muda Mateen berkongsi luahan dan rasa rindu pada abangnya untuk tatapan umum.

” Awal tahun ini, abang saya disahkan mengidap systemic vascuuIitis yang merupakan pnyakit aut0imun. Pnyakit aut0imun adalah keadaan sistem imun yang tidak normal di mana antibodi meny3rang tisu badannya sendiri.

” Pada masa yang sama, dia juga menghadapi gangguan bip0lar yang membuatkan semangat juangnya semakin sukar.

” Akhirnya, abang saya mengalami banyak kegag4Ian organ yang disebabkan oleh jngkitan berterusan, berpunca daripada sistem aut0imun yang membawa kepada kemangkatannya pada pagi 24 Oktober.

” Kami ingin berkongsi maklumat mengenai pnyakit ini kerana saya tahu inilah yang diinginkan oleh abang saya,” tulis Pengiran Muda Abdul Mateen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🤍

A post shared by Mateen (@tmski) on

Tambah meruntun hati apabila Pengiran Muda Abdul Mateen turut terkenang memori kanak-kanaknya dan membesar bersama abang tercinta.

” Hari tidak akan sunyi bila Abang Azim ada bersama. Dia selalu buat prank, buat lawak dan tidak terlalu serius menjalani kehidupan.

” Gelak tawanya sering buatkan orang lain berasa lucu tidak kira perkara itu kelakar atau tidak, semua orang akan ketawa bersama.

” Saya sering habiskan zaman kanak-kanak bersama abang, dia banyak mengajar saya dan buatkan saya seperti hari ini. Oleh kerana itu, saya sangat bersyukur,” luah Pengiran Muda Abdul Mateen lagi.

Di samping itu, Pengiran Muda turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas ucapan takziah dan doa yang diterima.

” Kami tahu Allah SWT lebih sayangkan dia. Kami okay, kami cuma merindui dia. Sehingga kita berjumpa lagi bang,” jelasnya.

Pada 24 Oktober lalu, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi (waktu tempatan) dan dimak4mkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : Asia kini/KLM



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...