KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar dari Istana Negara, di sini, selepas kira-kira sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi mempersembahkan sokongan Ahli Parlimen yang did@kwa dimilikinya.
Bagaimanapun, Anwar yang keluar dari Pintu 2 Istana Negara sekitar jam 11.30 pagi menaiki kereta berwarna hitam jenis Jaguar, tidak memberhentikan kenderaan untuk menjawab soalan wartawan yang mahukan maklum balas mengenai pertemuan Presiden PKR itu dengan Yang di-Pertuan Agong.
Sebaliknya, Anwar hanya menurunkan tingkap dan melambai tangan sambil tersenyum kepada wartawan yang menantinya seawal jam 8 pagi tadi.
Pada 8 Oktober lalu, Anwar memaklumkan mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, hari ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang did@kwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.
Kata-kata pihak istana
Sementara itu portal Kosmo! Online memetik Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin sebagai berkata, Anwar menghadap Agong selepas ia tertangguh sebelum ini dan tiada kaitan dengan mempersembahkan sokongan ahli parlimen.
Katanya, Anwar yang memohon untuk menghadap Agong.
” Tiada kena mengena dengan mempersembahkan sokongan ahli parlimen, tetapi jika beliau (Anwar) ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan,” katanya semalam.
Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata setakat pagi tadi dia belum menerima apa-apa makluman mengenai waktu Anwar menghadap di Istana Negara.
Dia juga memaklumkan tidak tahu apakah Anwar akan mengadakan sidang media selepas itu untuk memaklumkan hasil pertemuan kepada orang ramai.
” Saya akan berikan maklumat rasmi sepantas mungkin, jika atau apabila saya terima sebarang arahan.
” Saya mohon maaf di atas perkara ini, memandangkan ia satu keadaan yang agak unik dan sensitif,” katanya dalam teks pesanan yang dikongsikan kepada media dalam kumpulan WhatsApp rasmi PKR.
Semoga urusan dipermudahkan
Setakat jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 50 petugas media dilihat menunggu di hadapan Pagar 2 Istana Negara manakala beberapa anggota polis turut dilihat berkawal di kawasan berdekatan.
Sementara itu, Istana Negara ada mengagihkan makanan kepada pihak media yang menunggu di luar.
Sejak bulan lalu, Anwar memohon untuk menghadap Agong selepas mend@kwa mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Pemimpin pembangkang itu tidak memperincikan bilangan tepat jumlah sokongan dimilikinya atau identiti ahli parlimen yang menyokongnya, tetapi satu laman web tidak lama kemudian menyiarkan senarai 121 ahli parlimen dari semua parti yang dikatakan menyokongnya.
Semakan Malaysiakini mendapati senarai itu sudah tidak dapat diakses lagi dan pelbagai ahli parlimen yang dinamakan dalam senarai itu dilaporkan menjauhkan diri mereka daripada d@kwaan berkenaan, atau secara terbuka menafikannya.
Setelah nama mereka timbul dalam senarai itu, beberapa wakil rakyat Umno – termasuk Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dan Idris Jusoh (Besut) telah membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka dalam cubaan Anwar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, semalam mengesahkan yang polis menerima enam laporan berhubung perkara itu dan Anwar telah dipanggil untuk disoal siasat.
Bagaimanapun ia ditangguhkan ke satu tarikh lain yang tidak dided@hkan, kerana Anwar dilaporkan hanya ada kelapangan jam 9 pagi hari ini.
Sementara itu, dalam satu hantaran pendek di Facebook, Anwar menyatakan harapannya agar urusan hari ini dipermudahkan.
Artikel Sebelum Ini :Anwar Masuk ke Istana Negara Tapi Tak Turunkan Tingkap Kereta. Ini Pula Tindakan Pihak Istana
Boleh dikatakan seluruh perhatian rakyat kini tertumpu ke arah presiden PKR Anwar Ibrahim yang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika spekulasi perubahan kerajaan sekali lagi kian mengencang, hari ini.
Kira-kira jam 10.25 pagi, Anwar dilihat memasuki kawasan istana dan kenderaan itu berlalu tanpa kelibat pemimpin Pakatan Harapan itu menurunkan tingkap kereta.
Menjawab persoalan media, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata setakat pagi ini dia belum menerima apa-apa makluman mengenai waktu Anwar menghadap di Istana Negara.
Dia juga memaklumkan tidak tahu apakah Anwar akan mengadakan sidang media selepas itu untuk memaklumkan hasil pertemuan kepada orang ramai.
” Saya akan berikan maklumat rasmi sepantas mungkin, jika atau apabila saya terima sebarang arahan.
” Saya mohon maaf di atas perkara ini, memandangkan ia satu keadaan yang agak unik dan sensitif,” katanya dalam teks pesanan yang dikongsikan kepada media dalam kumpulan WhatsApp rasmi PKR.
Tindakan pihak istana sempat agihkan makanan kepada media
Setakat jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 50 petugas media dilihat menunggu di hadapan Pagar 2 Istana Negara manakala beberapa anggota polis turut dilihat berkawal di kawasan berdekatan.
Sementara itu, Istana Negara ada mengagihkan makanan kepada pihak media yang menunggu di luar.
Sejak bulan lalu, Anwar memohon untuk menghadap Agong selepas mend@kwa mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Pemimpin pembangkang itu tidak memperincikan bilangan tepat jumlah sokongan dimilikinya atau identiti ahli parlimen yang menyokongnya, tetapi satu laman web tidak lama kemudian menyiarkan senarai 121 ahli parlimen dari semua parti yang dikatakan menyokongnya.
Semakan Malaysiakini mendapati senarai itu sudah tidak dapat diakses lagi dan pelbagai ahli parlimen yang dinamakan dalam senarai itu dilaporkan menjauhkan diri mereka daripada d@kwaan berkenaan, atau secara terbuka menafikannya.
Setelah nama mereka timbul dalam senarai itu, beberapa wakil rakyat Umno – termasuk Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dan Idris Jusoh (Besut) telah membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka dalam cubaan Anwar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, semalam mengesahkan yang polis menerima enam laporan berhubung perkara itu dan Anwar telah dipanggil untuk disoal siasat.
Bagaimanapun ia ditangguhkan ke satu tarikh lain yang tidak dided@hkan, kerana Anwar dilaporkan hanya ada kelapangan jam 9 pagi hari ini.
Sementara itu, dalam satu hantaran pendek di Facebook, Anwar menyatakan harapannya agar urusan hari ini dipermudahkan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber : Berita Harian
via Sinar Viral Network
0 Comments