Kalau diserahkan kepada segelintir netizen untuk menjadi pengintip, pasti banyak kisah pelik yang akan dapat. Itulah yang terjadi kepada personaliti media sosial dan juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan.
Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan di laman sosial Instagram miliknya memuat naik sekeping gambar dirinya yang mempromosikan pakaian yang dipakainya.
“I can see your pretty cute bump,” tulis seorang netizen di ruangan komen.
“Baby bump, congratzz,” tulis seorang lagi netizen.
Di ruangan komen tersebut, secara umum Ameera memberitahu bahawa dia tidak hamil.
“I am not pregn4nt,” tulis Ameera.
Sudah tentulah ramai peminat Ameera turut menyokong kenyataannya itu.
“Baby bvmp baby bvmp. Tengok perut korang tu flat macam papan ke? Pervt sendiripun berlapis,” balas seorang wargamaya.
“Tak boleh ke ada nampak bump? Omg, semua orang kena ada perfect body ke?” tulis seorang lagi wargamaya mempertahankan Ameera.
“That’s lemak bump hahaha not baby bump,” tambah seorang lagi wargamaya.
Komen-komen yang menyokong Ameera menyebabkan netizen asal yang meninggalkan komen mengenai baby bump tersebut membuat permohonan maaf.
“I’m sorry my word buat orang salah faham. Saya tak terfikir pun adik Neelofa ni mengandung dan saya pun tak tahu adik Neelofa ni dah berkahwin atau belum.
“Jangan salah faham semua. I’m also have prety cute bump too,” tulis netizen tersebut memohon maaf.
View this post on Instagramspeed up or get passed @michaelkors @zaloramy #ZALORAGetTheLook
Pada awal tahun ini pernah ada khabar angin yang mengatakan Ameera telah berkahwin tanpa pengetahuan sesiapa apabila menghilangkan diri selama 8 bulan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber : GEMPAK
via Sinar Viral Network
0 Comments