‘Awak Rasa Awak Seorang Je Kahwin?’ – Respon Mira Filzah Selepas Dikec4m Memang Padu

Memiliki rupa paras manis dan berbakat besar, Mira Filzah diakui merupakan salah seorang pelakon wanita yang digemari ramai. Selain berlakon, dia juga aktif dalam mengacara program-program di kaca televisyen.

Walau bagaimanapun, ada yang tidak berpuas hati apabila kehidupannya selepas berkahwin sering menjadi tumpuan peminat dan media tempatan.

Di Instagram Story, Mira Filzah memuat naik mesej kec4man yang diterimanya daripada seorang individu. Individu tersebut meluahkan rasa kurang senang apabila berita mengenai perkahwinan dan kehidupan selepas berumah tangga artis berkenaan tersebar meluas.

Malah, individu ini turut mengec4m mutu lakonan Mira Filzah yang dianggap biasa-biasa sahaja.

Jelas Mira Filzah, apa yang dikongsikannya menerusi ‘Ask Me Questions’ adalah cara dia berhubung dan berkongsi pendapat dengan para peminat. Dia juga tidak pernah ditemu bual berkenaan soalan-soalan tersebut.

Tambahnya, dia merasakan tidak adil apabila ada yang menghukum mereka berdasarkan artikel-artikel yang dibaca sedangkan jawapan berkenaan diberi berdasarkan soalan yang ditanya para peminat di ruang peribadinya sendiri.

Ujar Mira Filzah, jika selepas ini ada lagi artikel berkenaannya diambil daripada Instagram Stories, dia menyarankan agar orang ramai tidak mempedulikan berita tersebut.

Pelakon ini sendiri tidak pernah minta artikel berkenaan dirinya diterbitkan namun tidak sesekali menyalahkan media kerana itu adalah kerja mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The Wedding Reception of Mira & Emir Dress & suit : @ricorinaldi Makeup : @makeupbynurulmf #emiramirah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Sumber: Mira Filzah

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : OHBULAN



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...