Setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga. Namun, tidak semuanya bernasib baik dan mampu merasai pengalaman itu meskipun sudah melakukan pelbagai cara dan ikhtiar.
Bagaimanapun, perkongsian seorang doktor ini pastinya bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya apabila seorang wanita ini bakal menimang cahaya mata selepas 6 tahun penantian.
Penantian 6 tahun
Menerusi video berdurasi 03:01 saat yang dimuatnaik Dr. Thoka Muhammad di Instagram, dia menjelaskan kepada seorang wanita berusia 32 tahun terdapat 3 embrio telah dimasukkan ke dalam rahimnya menerusi r@watan IVF atau persenyawaan in vitro. Walaupun begitu, pada awalnya ketika melakukan ultrasound, pakar obstetrik dan ginekologi ini memaklumkan hanya kelihatan 2 kantung sahaja (kantung besar, kantung kecil) dalam kandungan wanita tersebut yang membawa maksud dia berkemungkinan akan memiliki kembar 2.
Selain itu, wanita ini turut mendengar denyutan jantung zuriat kembarnya itu. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila Dr Thoka memaklumkan bahawa kantung besar dalam kandungannya itu ‘terbelah’ menjadi identicial twin. Rupa-rupanya wanita ini berpotensi memiliki kembar 3 sekaligus! Tidak dapat menahan seb4k, wanita ini terus mengalirkan air mata. Penantian dan doanya selama 6 tahun akhirnya dimakbulkan.
Alhamdulillah
Sumber: Dr Thoka Muhammad
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press
Sumber: OhBulan
via Sinar Viral Network
0 Comments