CINTA pandang pertama.
Begitulah permulaan kisah Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang, 62, dengan pasangannya yang 34 tahun lebih muda, iaitu seorang ahli perniagaan bernama Ashraf sehingga mereka akhirnya disatukan di jenjang pelamin.
“Kami mungkin diciptakan untuk satu sama lain dan cinta mulai mekar sejak pertemuan kali pertama,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu ketika dihubungi pada Ahad.
Pasangan itu diijabkabulkan pada Jumaat di Jasin, Melaka.
Gambar mereka yang memakai persalinan serba putih itu tular di media sosial dan menarik perhatian netizen.
Zaleha telah lebih lima tahun bergelar ibu tunggal selepas pemergian suami pertamanya.
Bercerita lebih lanjut, Zaleha berkata pada mulanya, ketiga-tiga anaknya tidak bersetuju dengan keputusannya untuk berkahwin semula.
“Saya katakan pada mereka bahawa saya sunyi dan mereka akhirnya bersetuju,” katanya.
Zaleha juga berkata berkemungkinan dia bersama suami mahu mengambil anak angkat untuk menyerikan lagi rumah tangga mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments