Nama pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura memang tidak asing lagi dalam dunia hiburan.
Bukan sahaja digandingkan menerusi drama, malah populariti mereka terus melonjak naik selepas melangsungkan perkahwinan pada November 2017.
Pasangan berkenaan kemudiannya mengesahkan mereka bakal menjadi ibu bapa selepas mengumumkan berita kehamilan pada awal tahun 2020.
Baru-baru ini, Fazura telah merancang untuk membuat kejutan sempena hari kelahiran suaminya Fattah yang ke 30 tahun.
VIDEO:
Kejutan ringkas yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu tampak meriah dengan kehadiran kenalan rapat.
Menerusi posting lain di laman Instagram, Fazura turut memuat naik sebuah kompilasi video yang memaparkan kenangan manis antara mereka berdua serta kapsyen.
VIDEO:
Menurut Fazura, video kali ini lebih panjang kerana Fattah adalah perkara yang terindah buat dirinya dan ia adalah sambutan terakhir sebelum kehadiran anak yang bakal dilahirkan.
Pelakon yang popular menerusi filem Gol & Gincu itu turut mengakui sebak ketika memikirkan kehadiran Fattah dalam hidupnya selain berterima kasih kerana telah menjadi suami, teman hidup, bakal ayah dan paling penting rakan baiknya.
“Throughout this new journey together, you’ve not only been so greatly patient and understanding with my ridiculous demands, mood swings and sleepless nights. You even took the blame when it was clearly mine, held me close when I cried for petty stuff, giving me countless of massages in the middle of the night, helped me put on my compression socks when I couldn’t go pass my knees, telling me I look beautiful even when I walk funny.”
Fazura turut menzahirkan rasa syukur kerana beliau dan bayi yang bakal dilahirkan memiliki Fattah dalam kehidupan mereka.
Aww! So sweet Faz! H0t FM mengucapkan Happy Birthday Fattah! Semoga panjang umur dan terus dimurahkan rezeki..
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: HOT FM
via Sinar Viral Network
0 Comments