Penyanyi Siti Sarah sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang did@kwa mengh1na masyarakat Orang Asli. Kenyataan tersebut dikeluarkan semasa penyanyi tersebut mempromosikan kedai dandanan rambut sambil berseloroh orang ramai perlu mengunjungi kedai itu agar rambut tidak kelihatan seperti Orang Asli.
Berhubung kenyataan tersebut, Siti Sarah tampil memohon maaf dan mengakui khilafnya. Tambahnya, dia tidak mempunyai niat untuk menyentuh sensitiviti suku kaum tersebut.
Memohon maaf
Siti Sarah menerusi laporan Astro Gempak memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat Orang Asli yang terkesan dengan kenyataan tersebut. Malah, perkara tersebut tidak disengajakan dan tak terlintas untuk mengh1na atau menyentuh sensitiviti.
Saya dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Orang Asli.
Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan. Tidak pernah terlintas langsung dihati saya untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghorm@ti seluruh masyarakat di Malaysia.
Lebih dua dekad berada dalam industri seni tanah air, saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial. Saya percaya segala perbuatan akan menjadi perhatian masyarakat.
Dalam pada itu, Siti Sarah turut mengakui insiden tersebut menjejaskan reputasi sebagai selebriti dan usahawan. Tambahnya, dia memohon agar perkara tersebut tidak diperbesarkan lagi.
Sebagai manusia kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Justeru saya menerima permohonan maaf yang dibuat Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura yang memuat naik video perbualan kami tanpa mendapat keizinan saya terlebih dahulu sehingga menjadi tular. Sememangnya insiden yang tercetus, sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan. Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir dari saya.
Sumber: Astro Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press
Sumber: OhBulan
via Sinar Viral Network
0 Comments