KUALA LUMPUR: Bilangan pengikut menurun dalam laman sosial tidak sesekali menggugat keputusan model dan pelakon, Ikmal Amry, 26, untuk menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini.
Pelakon yang mula meraih perhatian menerusi drama Gantung The Series itu berkata, ada peminat tidak dapat menerima hakikat apabila mengetahuinya sudah bertunang dengan selebriti media sosial, Najla Samshul, Mei lalu.
“Pengikut laman sosial tidak senang saya memuat naik gambar bersama Najla. Ada men4ngis dan membuat ci4pan kec3wa dalam Twitter, manakala bilangan pengikut di Instagram (IG) turun mendadak.
“Bagaimanapun, kebanyakan pengikut baru merestui hubungan kami dan mendoakan segera berkahwin.
“Saya perhatikan peminat seakan obses hingga tidak mengizinkan saya berkahwin selepas muncul dalam drama Gantung The Series. Ada yang menyatakan mereka tidak mahu menyokong saya, tetapi tindakan ini tidak sedikitpun menggugat keputusan berkahwin dengan Najla,” katanya kepada BH Online.
Ikmal Amry dan tunangnya, Najla Samshul yang dikenali sejak tiga tahun lalu bakal mendirikan rumah tangga pada 19 Disember depan. – Foto IG Ikmal Amry
Ikmal dan Najla yang bakal disatukan sebagai suami isteri pada 19 Disember depan.
Ikmal berkata, dia tidak bimbang popularitinya merudum, sebaliknya percaya kepada rezeki. Malah, rezekinya semakin melimpah ruah selepas membuat keputusan mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati.
“Secara jujur, saya dapat merasakan nama meningkat naik sebaik memasang hasrat mahu berkahwin. Selepas bertunang, makin ramai produser memanggil saya berlakon, termasuk membintangi dua filem, bulan depan.
“Saya percaya apabila menyimpan keinginan berkahwin, lebih banyak rezeki yang diberikan. Insya-Allah, saya tidak hanya fokus pada lakonan selepas mendirikan rumah tangga.
“Saya juga mahu menceburi dunia perniagaan,” katanya yang kini mempersiapkan diri dari sudut kerohanian untuk bergelar suami.
Ikmal berkata, dia tidak risau soal rezeki kerana percaya dengan ketentuan Allah, sebaliknya lebih membimbangkan jika tidak mampu membimbing Najla mengikut landasan yang betul.
“Soal duit tidak begitu merisaukan. Jauh di sudut hati, mampukah saya menjaga anak orang. Bagi persiapan bergelar suami, saya lebih fokus dari sudut kerohanian dan mengorek semula ilmu yang dipelajari sewaktu menuntut di Maahad Tahfiz suatu ketika dahulu,” katanya.
Selain itu, Ikmal berkata, dia tidak akan menghalang Najla bergelar pelakon. Malah, syarikat pengurusan, Absolut Talent & Management mempunyai perancangan ke arah itu, tetapi bakal isteri belum bersedia.
Enggan memaksa, Ikmal berkata, dia mahu kekasih hati yang dikenali sejak tiga tahun lalu itu bertatih perlahan-lahan dan percaya potensinya dalam lakonan.
Mengulas keputusan bernaung di bawah pengurusan sama, Ikmal berkata, dia tidak melihatnya sebagai satu masalah.
“Saya tak rasa terkongkong apabila tunang mengetahui setiap pergerakan, sebaliknya lebih suka Najla mengetahuinya.
“Bagi saya, satu kelebihan apabila bernaung di bawah syarikat pengurusan sama kerana kami saling mengetahui kerja yang dilakukan.
“Tidak timbul soal tiada privasi kerana Najla berhak tahu aktiviti saya,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jutawan Kini
Sumber : BH
via Sinar Viral Network
0 Comments