“Macam Ni Rupanya Dia Jaga Anak Saya” – Hanez Suraya Ded4h Maid…

Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya memilih untuk melayani pembantu rumahnya seperti kawan sendiri.

Bersyukur kerana mempunyai pembantu rumah yang baik, ibu kepada dua cahaya mata itu menjawab hal tersebut selepas ditanya di ruangan Ask Me A Question di Instagram Stories baru-baru ini. 

“Soal maid ni rezeki masing-masing. Kadang-kadang ada yang dapat tak sesuai dengan mereka.

“Saya bersyukur kerana maid saya sangatlah baik-baik. Bukan nak puji lebih-lebih tapi bersyukur.

“Mereka jaga anak-anak saya dengan baik. Sayang macam anak-anak mereka sendiri.

“Itu yang paling saya utamakan. Selebihnya bab rumah mereka tahu kerja mereka,” tulisnya

Tambah Hanez, dia sebolehnya mahu pembantu rumah rasa selesa selain tidak berkira dari segi makanan.

“Kita kena layan mereka macam kawan sebab sebab bagi mereka selesa dengan kita.

“Kerja mereka penat tau, mana nak jaga anak, nak masak, nak kemas, cuci itu ini. Mereka di sini ada kita sahaja sebagai keluarga mereka.

“Bab makan kita jangan berkira, rezeki kita kongsi bersama. Insya-Allah pasti mereka baik dengan kita,” tulis Hanez lagi.

Dalam perkembangan lain, aktres yang kini aktif berbasikal ini baru sahaja memulakan bisnes restoran, Meat Cartel yang di Shah Alam dan Senawang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: MH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...