“Letaklah air tanah ke, minyak ke kat muka saya” – Afifah Nasir

Mengakui tidak kisah mengenai rupa parasnya ketika melakonkan sesuatu watak, pelakon Afifah Nasir berkata dia lebih mengutamakan penghayatan watak untuk memastikan lakonannya memberikan impak kepada penonton.

Menurut Afifah, letaklah apa sahaja di wajahnya dia tidak akan merungut, malah sangat gembira sepanjang melakukan penggambaran kerana itu adalah minatnya dan tiada masalah untuk melakonkan apa sahaja watak.

“Saya tidak kisah bagaimana wajah atau penampilan saya kelihatan di paparan skrin selagi saya dapat menyampaikan penghayatan karakter dengan baik kepada penonton untuk ditonton.

“Letaklah air tanah ke, minyak ke atau apa-apa sahaja ke wajah atau rambut, saya tidak akan memberikan rungvtan.

“Saya sangat enjoy sepanjang penggambaran #natijahkasihabah! Drama yang tak payah bersolek sangat dan pakai baju kurung all the way bersama pelakon lagenda, Zamarul Hisham,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen perkongsian itu, rata-rata netizen memuji bakat lakonan Afifah yang sangat semula jadi dan mengatakan lakonan adik kepada pelakon Anzalna itu sudah banyak peningkatan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kasih ❤️ #natijahkasihabah

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: ROTIKAYA



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...