Jadi ibu seawal usia 16 tahun, bukan penghalang duduki SPM tahun ini

Bab jodoh ini memang satu perkara yang sukar dijawab. Ada orang jodohnya datang awal, ada pula yang datang agak lewat. Tapi jodoh tentunya datang pada waktu yang tepat.

 

Ada orang, saat orang lain sibuk mencari jodoh, dia dah jumpa pun jodohnya malah kini telah bergelar ibu pada usia 16 tahun, itu yang dilalui oleh ibu muda ini.

Tak sangka menjadi ibu di usia ini

Pemilik akaun Tiktok Syadiranor berkongsi sedikit pengalaman manis dan juga rasa syukurnya selepas melahirkan anak pertamanya pada 7 Jun 2020 lalu. Mengimbau kembali detik itu, dia menjelaskan bahawa tidak menyangka akan berpeluang merasai pengalaman indah ini seawal usia 16 tahun.

Dia juga sempat bergurau bahawa bayinya yang diberi nama Naira Aleena itu akan menjadi teman bermain TikTok kelak.

Bakal ambil SPM tahun ini

Dalam video yang lain pula, ibu muda ini lengkap mengenakan seragam sekolah dan memberitahu akan menduduki peperiksaan SPM kelak. Walaupun sudah mempunyai keluarga, dia kelihatan tidak putus asa dalam pendidikan.

Perkongsian ibu muda ini mendapat respond yang baik dari warganet, malah rata-rata memberikan kata-kata semangat dan kagum dengan ibu muda ini. Tak hanya itu saja, warganet juga menumpang rasa gembira melihat keluarga kecil ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: 



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...