Hilang 3 sahabat serentak, wanita ini k0ngsi apa berlaku di grup WhatsApp sehari sebelum kejadian

“SAYA terduduk dan terus menangis. Langsung tak menjangka kehiilangan tiga sahabat baik serentak.”

Demikian kata rakan baik kepada tiga sahabat yang meniinggal dunia pada Khamis, akib4t lemais selepas dipercayai mengalami ker4cunan karbon monoksida.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syazana itu berkata, dia menerima perkhabaran duk4a itu pada pagi Khamis ketika sedang bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerjanya di Seri Kembangan, Selangor.

“Lebih kurang pvkul7.30 pagi, ada seorang rakan dari Kedah hubungi saya dan beritahu Ayuni dan Fariesha men1nggal dunia, manakala kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah ketika itu masih menerima r@watan.

“Terduduk saya dengar dan terus menangis. Saya terus hubungi umi (ibu) di Gurun, Kedah untuk maklumkan berita sedih ini sebab memang dia kenal sahabat-sahabat baik saya.

“Umi tenangkan saya sebab saya sedih dan ralat sangat tak dapat ziiarahi mereka ketika pengkebumiian di Kedah. Saya hanya dapat wakilkan keluarga saya,” ceritanya kepada mStar.

 

Syazana (kiri) bersama Allahy4rhamah Ayuni, Allahy4rhamah Sharifah Fariesha dan Nor Aqilah.

Dalam kejadian Rabu lalu tiga sahabat, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan meniinggal dunia, manakala Nor Aqilah Mohd Safwan pula kriitikal dipercayai akiibat terhiidu gas karbon monoksida.

Keempat-empat sahabat masing-masing berusia 21 tahun itu yang merupakan pelajar jurusan farmasi, singgah berehat di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada jam 8.30 malam sebelum meneruskan perjalanan dengan kereta balik ke Gurun dan Sungai Petani, Kedah.

Mereka yang sebelum itu bercuti bersama-sama di Pulau Jerejak, ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta dengan keadaan enjin masih hidup.

Bercerita lebih lanjut, Syazana yang berasal dari Gurun, Kedah berkata pada awalnya, dia dan dua lagi rakan sepatutnya menyertai empat wanita itu dalam percutian tersebut.

Tujuh sahabat karib. Pada awalnya, Syazana (tiga, kanan) bersama dua lagi rakan turut serta ke Pulau Jerejak namun tidak dapat berbuat demikian pada saat-saat akhir.

“Tapi disebabkan saya tak dapat cuti kerana baru saja dapat kerja, maka tak dapat ikut. Dua rakan lain pun ada kek4ngan. Kami bertujuh memang sahabat baik sejak belajar di kolej dan praktikal di tempat yang sama.

“Masa hari kejadian, group WhatsApp riiuh dengan celoteh mereka yang bersembang pasal percutian. Bersembang pasal nak pakai baju apa dan sebagainya. Memang siang tu riuh sebab mereka ker4p update. Malah Allahy4rhamah Ayuni kata, kalau Kak Syaz (Syazana) ikut mesti best.

Rindu sangat mereka… tak tahu nak cakap macam mana perasaan saya. Sekarang hanya tengok gambar dan video untuk lepas rindu.

SYAZANA

RAKAN KARIB

“Kemudian saya ada komen pada satu posting Adilah, tapi dia tak respon seperti kebiasaannya. Malam itu (Rabu), group WhatsApp kami bertujuh pun sunyi tapi tak terfikir apa-apa yang pelik hinggalah dapat berita pagi Khamis,” katanya yang bekerja di sebuah klinik pergigian.

Bercerita lebih lanjut, Syazana menyifatkan keempat-empat sahabatnya itu merupakan sahabat sejati yang sanggup susah dan senang bersama.

Empat sahabat itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta di sebuah stesen minyak sewaktu dalam perjalanan pulang dari Pulau Jerejak.

“Arw4h Ayuni, dia tersangat baik. Sepanjang mengenali dia, tak ada pun perkataan meny4kitkan keluar daripada mulutnya. Manakala kembar Nor Aqilah dan arw4h Nor Adilah pula langsung jenis tak berkira.

“Selalu tumpangkan saya ke h0spital masa kami praktikal sebab kami sama-sama asal dari Gurun. Allahy4rhamah Fariesha pula seorang yang manja dan ceria. Mereka ni antara yang awal dapat kerja lepas kami habis praktikal Oktober tahun lalu.

Kenangan sewaktu semester akhir bersama rakan-rakan di tempat praktikal yang sama.

“Mereka yang sering bagi kata-kata semangat dekat saya sebab saya tak dapat kerja lagi sebelum ini. Rindu sangat mereka… tak tahu nak cakap macam mana perasaan saya. Sekarang hanya tengok gambar dan viideo untuk lepas rindu,” ujarnya sambil menambah, perkara pertama yang akan lakukannya apabila pulang ke kampung kelak adalah menziiarahi pusara sahabat-sahabatnya.

Syazana dalam pada itu meminta orang ramai agar mendoakan kesejahteraan ketiga-tiga sahabatnya yang sudah menemui-Nya, selain mendoakan kesembuhan Nor Aqilah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: MSTAR



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...